Ya.
Kalau bab solat ni ramai antara kita yang liat nak menunaikannya kan?
Bukan nak duduk sampai 2 hingga 3 jam pun kita solat.
Bukan nak tunggu mandi dulu baru boleh solat (jika tidak dalam keadaan hadas laa).
Bukan nak kena pakai baju lawa-lawa pun.
Bubuh minyak wangi pun bukan wajib.
Nak kena pergi ke surau atau masjid ke baru kita nak solat?
5 minit satu waktu tu sudah cukup kalau solat sorang diri.Kalau nak pahala lebih,kenalah solat berjemaah.Selepas solat subuh tu,sambil-sambil pergi kerja tu,ajaklah bibir kita berwirid memuji Allah.“Subhanallah…istighfar ke…tahlil ke…”
Balik kerja petang,mandi cepat-cepat dan pergilah ke masjid atau surau bagi yang laki-lakilah.Berjemaah solat Maghrib.Jika tak ada kuliah Maghrib,tunggu dulu dan jangan balik lagi.Baca-baca lah al-Quran sampailah masuk waktu Isyak.Solat jemaah lagi.Dah habis balik lah.Kalau ada kuliah, bukalah telinga kita untuk dengar kuliah.
Inilah cara-caranya yang mampu kita buat untuk menambahkan pahala-pahala dan kebaikan yang kita ada. Kalau nak pulun semua kan tak cukup masa.Ini pun dah cukup.Ini sahaja yang kita mampu buat.Habis nak buat macam mana lagi?
Amalkanlah secara berterusan walaupun sikit asalkan jangan tinggal dan tak buat lansung.
…
…
KETAHUILAH:
- Apabila kita sedang bersolat,berdehem tu “ehek..ehemmmm…” ada ulama yang mengatakan BATAL sembahyang kita.Selalunya bila solat berjemaah,kadang-kadang tekak kita tak da pun rasa gatal-gatal.Tetapi bila dengar jemaah lain duk batuk-batuk kecil atau besar,tiba-tiba kita pun turut sama “ehemmm” atau “ehek ehemmm” seolah-olah orang yang batuk tadi tu tak lepas.Kita pulak yang nak bagi ‘lepas’ batuknya itu.Batuk yang ‘original’ tak apa.Memang tekak gatal.Tiba-tiba tak sengaja terus batuk.Itu dimaafkan lagi.Benda ni memang berlaku dan janganlah dinafikan.Sekarang sudah tahu,maka jaga-jagalah ya.
- Salah satu mukjizat Nabi Muhammad yang Allah berikan ialah walaupun baginda jadi Imam dan berdiri di hadapan sekelian makmum,tetapi baginda seolah-olah ada ‘mata’ lain di belakang kepalanya untuk melihat keadaan makmum di belakangnya.Baginda tahu sekiranya makmum di belakang ada yang kelihatan sakit dan tak mampu untuk berdiri solat lebih lama.Baginda akan membaca surah-surah yang pendek dan mempercepatkan solatnya.Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada makmum yang berkenaan.Ada hadith sohih riwayat Ibn Mas’ud tentang hal ini.
MY said: Aku pun ini sajalah yang mampu buat,menasihati diri sendiri dan sambil-sambil itu mengajak orang lain.Berpesan-pesan pada orang lain untuk buat kebaikan.Tak bagi tahu nanti berdosa pulak.Sama-sama kita jadikan amalan harian.InsyaAllah…
(1436)
About The Author
Hahaha..terima kasih nasihatkan kawe..tu la..yang kejap ni, tak sampai 10 minit solat dah siap..pun malas juga nak buat..hahaha..tak tahu nak kata apa lahhh..kuar date berjam-jam rajin pula..hehe
hehehe…itulah ngadap blog buleh pulak berjam-jam…
takpelah kita try buat sebaik mungkin…
Orait..terima kasih boh….
same-same boh…
peringatan untuk semua….btol la tu ngadap laptop berajam xpe..nak g masjid 10 minit pun berat..adoi kat mana iman eden..
yup…memang benar apa yang dikata…
solat 5 waktu adalah perkara yang paling penting…
teringat kat satu cerita seorang jutawan yang pakai Chevrolet Mustang (berharga hampir RM700K,cuma ada 2 biji saja di Malaysia),soalan pertama yg dia akan tanya “solat tak 5 waktu” jika ada sesiapa yg nak mintak kerja atau sokongan utk buat pinjaman bank….
Benda yang paling senang orang tinggalkan ialah solat . Solat jemaah kalau buat lebih kyusuk dari solat sendirian .
Ingatan pada diri sendiri !!!!
betul tu bro…pahala juga lagi besar bila kita solat berjemaah…
solat tiang agama…dengan solat jugalah hati kita tenang, selain itu sedekah amal jariah juga menyumbang kepada murahnya menjemput rezeki.
betul tu…sama-sama kita jaga solat kita.
jika berkemampuan bersedekahlah dengan ikhlas…
alhamdulillah, saya masih sering jama’ah. kecuali subuh, kadang – kadang.
hehehe
Alhamdulillah…tiada alasan untuk kita tidak bersolat berjemaah kan?
betul. asal bisa mengalahkan nafsunya. bukan begitu pak?
iya.betul tu mas…hehehe