• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

MUHAMADYUSRI.COM

rules are meant to be broken but do think twice

  • Home
  • About MY
  • Free Backlinks
  • Qaseh Gold
  • SITEMAP
  • Contact MY
You are here: Home / Agama / Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

August 15, 2014 by muhamad yusri 9 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pengunjung setia blog muhamadyusri.com yang dikasihi sekelian…(he he ada ke?)

Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

Pasti ramai yang berkata di dalam hati, “macam biasa dengar je ungkapan ini. Tapi di mana ye?”  Ya betul tu. Ungkapan ini selalu kita dengar di corong radio yang mana diucapkan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias.

Alhamdulillahirabbil ‘alamin.Thanks to Allah yang telah menghidupkan kita lagi hingga pagi Jumaat yang mulia ini.Dapat juga kita solat,makan dan minum roti canai serta teh tarik yang harganya dah naik 50 sen.Alhamdulillah selawat dan salam kepada Nabi besar kita Muhammad Sollahu ‘alaihiwasallam.Semoga hari ni Allah memberi rahmat dan berkat ke atas semua pekerjaan kita.Amin amin ya robbal ‘alaminn.

mencari pahala
Sumber google image: Carilah pahala sebanyaknya.

Bahagia dan beruntunglah bagi mereka yang dapat bangun pagi.Solat Subuh berjemaah di surau dan masjid bersama-sama Imam melakukan sujud tilawah.Sungguh besar nikmat dan pahalanya.Bersyukurlah sesiapa yang Allah telah pilih untuk Subuh berjemaah pada pagi tadi.Bukan senang nak bangun pagi-pagi jam 5.00 atau 5.30 pagi.Sejuk nak mandi.Pasang jam loceng yang bila berbunyi 2 batu boleh dengar pun kalau Allah tak jagakan,memang tak bangun lah tu.Kekadang sedar tu bila jam loceng berbunyi tapi syaitan perut buncit dah mula kacau.

“alahhhh…awal lagi…rehat-rehatlah kejap barang 5 minit”

Mata pun kata “ia jugak…” Lama-lama tertidur dan sedar-sedar dah pukul 7.30 pagi.Kalau tak terjaga tak apa.Ini dah jaga bila loceng jam berbunyi.Sungguh kasihan.

Ingatlah wahai rakanku!Dunia ini dah nak sampai ke penghujung dah.Satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya berlalu begitu pantas.Rasa macam 2 ke 3 hari sahaja dah genap seminggu.Baru saja kita dapat gaji bulan Julai.Ni dah dekat-dekat nak dapat gaji bulan Ogos pulak.Macam-macam perkara aneh telah berlaku di serata dunia ini.Gempa bumi.banjir dan tanah runtuh.Kelakuan makhluk-makhluk Allah yang dinamakan Manusia telah semakin buruk dan teruk.Rogol,bunuh orang,merompak dan peperangan.Orang muda tak hormat lagi dah pada yang tua.Anak-anak melawan ibu bapa dan kadang-kadang sanggup bunuh kedua ibu-bapanya.Perempuan dan jadi macam laki-laki.Manakala laki-laki pula kelihatan macam perempuan.Nauzubillahi min zaliq.

Jangan tunggu-tunggu lagi.Segeralah dekatkan diri kita kepada yang mencipta kita.Allahu subhanahu wata’ala.Semaklah balik diri kita.Muhassabah diri sendiri.Kita dah berpuluh tahun lebih hidup di dunia pinjaman ini.Sudah banyakkah amalan kita?Solat kita.Zikir kita.Sedekah kita.Puasa kita.Haji kita.

Pujuklah hati kita itu.Hati isteri atau suami serta anak-anak kita untuk melakukan ibadat.Dekatkan diri dengan Allah.Solat,solat,solat.Jangan tak solat kecuali uzur.Inilah satu-satunya amalan utama bagi kita.Inilah yang Allah akan mula-mula tanya di dalam kubur nanti.Takutlah akan mati kerana mati tu tak tahu bila akan berlaku pada kita ni.

Wallahua’llam.

(957)

Lain-lain Entri Yang Juga Menarik:

  • Di sebalik Kejadian Nabi AdamDi sebalik Kejadian Nabi Adam
  • 7 Amalan Harian Yang Patut Diamalkan7 Amalan Harian Yang Patut Diamalkan
  • Tazkirah Hari JumaatTazkirah Hari Jumaat
  • Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 MasihiTazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi
  • Bukan Susah Nak Tambah PahalaBukan Susah Nak Tambah Pahala
Sovrn

Filed Under: Agama Tagged With: dunia akhir zaman, jangan buat dosa, mencari pahala, muhassabah diri, solat berjemaah, solat subuh, sujud tilawah, syaitan perut buncit, takutlah akan mati, Ustaz Kazim Elias

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    August 16, 2014 at 2:41 pm

    betul tu.

    banyakkan menambah ibadat setiap hari.

    Reply
    • muhamad yusri says

      August 17, 2014 at 10:01 am

      ye…solat jangan tinggal…

      Reply
  2. Hafizul says

    August 18, 2014 at 1:13 pm

    Terima kasih boh ingatkan saya..hehe..tu la..bab bangun subuh tu, memang liat sikit..tapi sekarang ni, tak payah pakai loceng dah kawe..anak kedua selalu jer kejutkan..kadang2 kol3..kadang kol 4….hahaha

    Reply
    • muhamad yusri says

      August 18, 2014 at 1:58 pm

      samo2 ingat mengingati boh…
      mujo gitu gak ado jo gerok…tapi bangun ke dop?hahaha

      Reply
  3. Junainah Mohamed says

    September 5, 2014 at 9:16 am

    Nak buat benda baik usah bertangguh-tangguh… biasanya perkara yang kita tangguhkan tu end up dengan ‘tak terbuat’….. Rugi je kan?

    Reply
    • muhamad yusri says

      September 5, 2014 at 9:25 am

      Yup…betul.
      Terus buat jangan berlengah-lengah lagi…

      Reply
  4. ira says

    December 26, 2016 at 10:39 am

    betul tuh, peringatan untuk diri ini jugak, terima kasih atas perkongsiannya.
    ira recently posted..Rindu Bumi Mekah Dan Madinah Memang Tak TerkataMy Profile

    Reply

Trackbacks

  1. Bukan Susah Nak Tambah Pahala | MUHAMADYUSRI DOT COM says:
    August 18, 2014 at 6:26 pm

    […] minit satu waktu tu sudah cukup kalau solat sorang diri.Kalau nak pahala lebih,kenalah solat berjemaah.Selepas solat subuh tu,sambil-sambil pergi kerja tu,ajaklah bibir […]

    Reply
  2. Tazkirah Hari Jumaat | MUHAMADYUSRI DOT COM says:
    September 12, 2014 at 12:13 pm

    […] kedua Allah bagi kita ganjaran pahala jika kita ikut, patuh dan taat segala […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Primary Sidebar

Search

Recommended Domain & Web Hosting

Recent Posts

  • Deen ThreeKay Homestay di Kuantan
  • Top Komentator Bulan Mei 2015
  • Wordless Wednesday #40 – Selfie of The Year.
  • Bayaran Ketiga Komisyen Dari Mobicow
  • Selamat Hari Guru 2015
  • Promosi Pembukaan Johor ‎Steamboat
  • Perlu Ke Ambil Tahu Tentang Google Plus One?
  • Restoran Johor Steamboat
  • Kenapa Sambut Hari Ibu?
  • Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Jun 2015

Recent Comments

  • muhamad yusri on Front Grill Nissan Sylphy
  • muhamad yusri on Front Grill Nissan Sylphy
  • sham on Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah
  • Helni on Front Grill Nissan Sylphy
  • Sahabat on It’s All About Mugen MF10 Sport Rim

Stay Connected

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Check Page Rank

Copyright © 2019 · Genesis Framework · WordPress · Log in