Hari ini banyak betul update pasal sambutan Hari Ibu di media-media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan juga whatsapp. Ada yang beri ucapan. Ada yang mengirim gambar dan tak kurang juga yang tak buat apa-apa pun.
Ada juga yang berkongsi pendapat alim ulama tentang sambutan hari ibu ini. Ada yang kata haram menyambut hari ibu ni. Ada yang kata harus sambut dan ada juga yang tak kata apa-apa.
Persoalan sekarang, kenapa sambut hari ibu?
Walau apa pun pendapat tentang sambutan hari ibu ini, bagi aku untuk mengenang atau mengingati jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak perlu ada hari tertentu. Ini adalah kerana ibu sendiri tidak pernah memilih satu hari tertentu untuk mendoakan keselamatan, kesihatan serta kebahagiaan anak-anaknya. Doa ibu adalah setiap saat buat anak-anaknya.
Jadi, setiap hari adalah hari ibu. Ingati dan kenangi ibu setiap masa. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menyatakan pendapat tentang hari ibu ini. Itu adalah hak sendirian berhad.
Dalam banyak-banyak perkongsian pasal hari ibu di media sosial, aku pilih satu puisi yang berjaya menawan hati aku untuk membacanya berulang kali. Ianya bertajuk “Mulut Ibu Ini Lah“.
Mulut Ibu Ini Lah
yang pertama memanggil mu sayang
yang mendodoikan tidur mu
yang berdoa setiap masa untuk mu
yang menagih simpati bila tidak cukup duit untuk membeli susu, makanan dan ubat untuk mu
yang memarahi orang apabila orang memarahi, memukul dan mengkhianati mu
yang merintih bila kau sakit dan cedera
yang beristighfar bila kau tidak mendengar kata, tidak mengendahkan nasihat dan larangannya
yang memuji mu walau engkau tidak sebaik mana
yang memujuk mu waktu sedih dan kecewa
yang memaafkan mu setiap masa
yang menyebut rindukan mu sehingga saat akhir sebelum dia menutup mata untuk selamanya…
Sudah lama aku nak tempek gambar di atas, tapi baru kini aku rasa macam bersesuaian dengan masa. Pasti ada rakan blogger yang akan terkejut beruk lepas tengok gambar ni. Dia akan tengok berulang kali kerana tidak puas hati. Dia akan zoom in gambar tu untuk mendapat kepastian. He he he…
Betul tak sahabatku Pondok Kecil?
OK. Aku doakan semoga ibu ku sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezeki serta, dilanjutkan usia dan dalam rahmat Allah selalu. Ampunkan dosa anakmu ini yang telah banyak melakukan kesilapan dan telah melukakan hatimu. Halalkan makan minum serta doakan semoga anakmu ini menjadi anak yang soleh serta berjasa kepada kedua ibu bapa.
Selamat hari ibu buat bondaku Bidah binti Idris serta isteriku Masliza binti Mohamed@Ismail yang menjadi ibu kepada cahaya mata kami. Jasa kalian tiada tolok bandingnya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
(765)
About The Author
Makkk!!!!!
Awat duk dalam ni ha???
Hahaha.. Mohon copy gambar ni untuk disimpan jadikan kenangan…
Kan betul…hehehe
Boleh aje boh…copy lah…hok ori pun kawe simpan lagi…
Haha..gege dalam group wasap anok branok sakni.. terimo kasih boh…
ye ke boh?hahaha…
err…sudilah kiranya share link post ni kat group wasap anok beranok demo terr…hehehe
Selamat hari ibu dan hari ibu adalah setiap hari. Beruntung yang tinggal bersama dan jaga ibu. Beruntung lagi bagi yang dapat bersabar dengan leteran ibu dari kecil hingga dewasa.
ye betul tu…
kalau dapat melawat ibu setiap hari alangkah baiknya…
Mulut maklah doanya di makbulkan
Mak insan yang hebat dihadiahkan oleh Allah untuk setiap hambaNya 🙂
ye…doa paling mustajab adalah doa ibu
Pingback: Selamat Hari Guru 2015 | MUHAMADYUSRI.COM
betul, setiap hari adalah hari ibu sebab jasanya tiada tandingan.