7 Amalan Harian Yang Patut Diamalkan

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulilah syukur kepada Allah. Hidup lagi kita. Bahagialah sesiapa yang dapat solat Subuh pagi tadi dalam waktunya. Tambahan pula dapat berjemaah di masjid atau surau. Solat sorang-sorang pun tak ape. Tak payah sujud tilawah pun tak ape. Bukanya wajib. Tapi kadang-kadang orang akan bising…

“Apasal Subuh hari Jumaat tak buat sujud tilawah?!”

Best Strawberry

Strawberry Comeron Highland…tiada kena mengena dengan artikel ni.

Tapi akan RUGI serugi-ruginya kepada orang yang dah jaga tapi tak solat Subuh. Jangan. Jangan begitu. Jangan semata-mata mengaku muslim/muslimat tetapi tidak mukminin/mukminat. Maksudnya, Islam tetapi tidak beriman. Solat pun tidak. Sebaliknya membuat perkara-perkara yang tidak baik. Perkara yang mungkar. Aduhhh…ruginya. Hidup yang sia-sia saja. Allah jadikan kita manusia dan jin hanya semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Ibadat khusus, solat, puasa, zakat dan haji (kalau mampu) dan juga ibadat umum, bekerja, berniaga dan macam-macam lagi untuk mencari duit dan harta yang akan digunakan untuk makan, pakaian, kahwin, sedekah dan sebagainya. Itulah ibadat namanya.

Artikel kali ini ingin kongsikan 7 Amalan Harian Yang Patut Diamalkan oleh seorang mukmin/mukminat:

1. Sambil-sambil menaiki kereta atau bas ke pejabat (tempat kerja), bacalah sikit-sikit “ASTAGHFIRULLAHALAZIM…..WAATUBUILLAIH” sebanyak 10 kali ke 30 kali dan yang sebaiknya 100 kali. Sambil-sambil bawak kereta tu.

2. Lepas tu jam 10.00 atau 10.30 pagi nanti, larilah kejap ambik masa 5 minit tunaikan solat Dhuha. Kalau tak dapat 4 rakaat, buatlah yang paling minima 2 rakaat saja. Tak leh hafal ayat “WASSYAMSYI WADUHAHA” dan ayat “WADDHUHA” bacalah ayat “ALKAFIRUNN” dan “QULHUWALLOHUAHAD”. Tak boleh baca doa DHUHA, bacalah doa apa-apa saja. Nak mintak rezeki lebih ke. Nak mintak tambahan tayar spare ke…mintaklah. 5 minit cukup.

3. Lepas lunch….ambiklah 10 minit ke solat Zohor pulak.

4. Waktu Asar pulak ambiklah 10 minit jap. Solatlah kat surau/musolla di tempat kerja. Takut nanti tak sempat pulak kalau sampai rumah nanti.

5. Maghrib nanti, kalau tak mampu pergi Masjid atau Surau, solatlah sendirian atau berjemaah bersama keluarga. Kalau solat kat masjid, tunggulah kejap dengar kuliah agama sehingga solat Isyak berjemaah.

6. Balik rumah lepas solat Isyak, sambunglah pulak dengan ‘sorru’ berjemaah bersama keluarga. Lepas tu tengok TV bersama-sama keluarga

7. Kalau tak kentut lagi, sambil-sambil duduk ambiklah kejap Al-Quran tu. Bukak surah ke 67 iaitu Suratul Mulk “Tabarokallazi…” yang mengandungi 30 ayat aje. Bacalah sekali dan tengok terjemahannya. Besar pahalanya. Ini adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Amalan harian macam ni pun dah cukup kerana hanya sekadar ini saja yang kita mampu. Kita ni dah la ilmu agama kurang, amalan pulak kurang, banyak pulak masa terbuang. Tak payah lah susah-susah pergi belajar ilmu Tasawuf, Usulluddin dan yang berat-berat. Buat yang ringan-ringan yang kita termampu. Itu pun dah cukup dah. Lebih baik pergi belajar mengaji sebagai “murid tua” bersama-sama dengan budak-budak lagi bagus. Kita boleh mengaji dan boleh baca Al-Quran.

Cuba praktikkan amalan harian yang sikit ni dulu. Buat jangan tak buat. Sehingga kita akan sampai ke satu peringkat di mana kita akan rasa rimas dan serba salah kalau kita tertinggal salah satu solat fardhu. Ketika itulah kita telah kusyuk dan mendapat nikmat solat. Alhamdulillah, Allah telah menerima amalan kita tu. Barulah kita akan cuba menambah masa kita lagi untuk kerja-kerja agama ni, seperti rajin dengar kuliah, rajin ke surau atau masjid. Kurang tengok TV dan buang masa di kedai kopi.

Cubalah saudara-saudara dan sahabat-sahabatku sekelian. Tidak susah manapun. Semoga amalan kita akan diberkati Allah. InsyaAllah.

Sekian. Wassalamualaikum.

(2843)

7 thoughts on “7 Amalan Harian Yang Patut Diamalkan

  1. Hafizul

    Terima kasih boh..memang banyak part yang kena baiki lagi..emm yang solat berjemaah tu pun pernah gak buat..tapi jarang2 je la..emm kena perbaiki lagi nih…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge