Di sebalik Kejadian Nabi Adam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan kita sehari lagi untuk bernafas di bumiNya ini. Syukur kepada Allah bagi sesiapa yang Allah kejutkan dia pada pagi tadi dan dapat bersama-sama mengerjakan solat Subuh berjemaah dan bersujud tilawah bersama Imam dan makmum-makmum yang lain. Bukan senang oi nak bangun jam 5.00 pagi. Mandi dan pergi surau atau masjid. Kalau solat dekat rumah bukan sujud Tilawah yang dia buat tapi sujud tak payah.

Kadang-kadang kita terfikir juga bagaimana Allah jadikan manusia ini bermacam-macam. Warna kulit ada yang putih, sawo matang, gelap, kelabu dan kemerah-merahanan. Ada tinggi dan ada yang rendah. Perangai pulak macam-macam. Ada yang suka senyum, suka marah-marah, bengis, hasad serta dengki dan macam-macam lagi. Continue reading

Istidraj Di dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.Syukur pada Allah Tuhan yang sebenar bagi semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini dan juga di angkasaraya. Manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan, pokok, gunung, sungai dan sebagainya, termasuklah Malaikat. Semuanya dicipta oleh Allah ‘azzawajalla dengan tujuan semata-mata untuk menghambakan diri kapada Allah. Diberi nyawa, rezeki, pasangan laki-laki dengan perempuan serta jantan dengan betina.

Oleh itu sudah sepatutnyalah makhluk-makhluk ini wajib mengucap syukur dan berterima kasih kepada Penciptanya. Sentiasa mengingatiNya, menurut serta patuh ke atas segala perintahNya dan tidak melakukan apa-apa perkara yang dilarangNya. Umpamanya mulut kita sentiasa berzikir, bertahmid dan bertahalil memujiNya. Continue reading

Hidup Adalah Anugerah Dari Allah

 sea life Hidup Adalah Anugerah Dari Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih dapat menyedut udara bersih lagi pada hari ini. Dapat make nasi ‘dage‘, roti canai telor, soto, minum teh tarik, milo ais dan macam-macam lagi. Tetapi ada kawan-kawan kita yg tak sempat bersama kita hari ini kerana ajalnya sudah sampai malam tadi. Ingatlah kita pada mati kerana pada bila-bila masa saja Allah boleh tarik nyawa kita ni. Sentiasa ingat mati pun dapat pahala. Sekurang-kurangnya 100 kali sehari…yang menulis entri ini pun kekadang lupa jugak. Itulah sifat insan. Tajuk entri kali ini rasa macam pernah aku dengar je, tapi di mana ye? Hah! Lirik lagu Hijjaz ni icon smile Hidup Adalah Anugerah Dari Allah . Continue reading

Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

selamat hari raya aidil adha Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 MasihiAlhamdulillah.Syukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita dan dapat lagi ketemu pada hari yang mulia ini.Tetapi ada di antara saudara-mara,sahabat dan jiran-jiran kita yang telah pergi terlebih dahulu kelmarin dan semalam.Hendak atau tidak,mati pasti akan tiba jua.Hanya masa sahaja yang menentukan,bilakah pula giliran kita!

“Ya Allah lanjutkan umur kami kerana kami takutkan mati dan berilah peluang lagi kepada kami untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah kami.Sesungguhnya terlalu banyak dosa kami kepada Mu ya Allah….”

Selawat dan salam untuk Nabi Mu Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.Kami memohon syafaat mu pada Hari Berbangkit nanti dan juga untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat mu…Allahumma solli ‘ala Muhammad.Wa’ala ali Muhammad.

Antara fenomena di akhir zaman nanti ialah RAMAI yang mengaku Islam,tetapi TIDAK RAMAI yang melakukan perbuatan-perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang beragama Islam.Diantara yang ketara sekali ialah TIDAK SEMBAHYANG.trans Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

Tok Bilal sakit tekak melaungkan Azan.“HAIYA ‘ALASSOLAHHHH”.Mereka pula menjawab,“Hampa semayang ajalah….kami tak payahhh”.Masjid dibina makin besar dan luas,tetapi jemaah makin pudar dan tempias.Harapan kita moga di antara kita tidaklah sedemikian rupa.Semuanya baik-baik dan patuh belaka hendaknya.InsyaAllah. Continue reading

Mencari Kesempurnaan Dalam Solat

sempurna+solat Mencari Kesempurnaan Dalam Solat

Alhamdulillah syukur kepada Allah…dipanjangkan lagi umur kita untuk hidup sehari lagi…TETAPI jangkamasa kita untuk mati telah dipendekkan sehari lagi…syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezeki yang banyak dari pelbagai punca dan sumber….Allah telah memberikan kita nikmat untuk merasai rezeki itu…nikmat manis, pahit, pedas….bila kita minum dan makan….nikmat kenyang dan haus….dengan anggota yg diberi kita dapat merasai sesuatu….rasa sakit….rasa gembira…rasa sedih…..rasa boring…dan macam-macam lagi…tapi yang lebih penting ialah nikmat IMAN DAN ISLAM…..

Kalaulah nikmat-nikmat ini Allah cabut atau tarik balik daripada kita…APA AKAN JADI ????? Continue reading