Di sebalik Kejadian Nabi Adam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan kita sehari lagi untuk bernafas di bumiNya ini. Syukur kepada Allah bagi sesiapa yang Allah kejutkan dia pada pagi tadi dan dapat bersama-sama mengerjakan solat Subuh berjemaah dan bersujud tilawah bersama Imam dan makmum-makmum yang lain. Bukan senang oi nak bangun jam 5.00 pagi. Mandi dan pergi surau atau masjid. Kalau solat dekat rumah bukan sujud Tilawah yang dia buat tapi sujud tak payah.

Tambah Pendapatan Tanpa Had >>PROGRAM AFFILIATE JOB DIRUMAH

Kadang-kadang kita terfikir juga bagaimana Allah jadikan manusia ini bermacam-macam. Warna kulit ada yang putih, sawo matang, gelap, kelabu dan kemerah-merahanan. Ada tinggi dan ada yang rendah. Perangai pulak macam-macam. Ada yang suka senyum, suka marah-marah, bengis, hasad serta dengki dan macam-macam lagi.

Kita lihat semula bagaimana Allah dengan khudrat dan iradatNya mencipta Nabi Adam Alaihissalam iaitu dari genggaman pelbagai jenis tanah dari seluruh pelusuk 7 lapis bumi. Campuran pelbagai jenis dan warna tanah. Ada tanah merah, hitam, perang dan coklat. Tanah liat yang lembut, yang keras dan yang kasar.
Sifat-sifat tanah ini lah yang mengadun sifat-sifat manusia itu dari segi warna kulit dan perangai manusia-manusia itu. Akhlak yang baik itu lah Mukmin dan yang jahat itu lah Kafirun.

various human

sumber:orangkatasayacantiklah.blogspot.com

Allah berfirman pada BUMI, “Wahai bumi aku nak ambil sedikit dari kamu untuk Aku cipta manusia untuk memerintah bumi ini”

Mula-mula Allah menyuruh malaikat Jibril. Tetapi gagal bila mendengar rayuan dari Bumi. Jibril rasa kesian lalu tidak jadi ambil.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Mikail. Kali ini juga gagal.

Last sekali Allah menyuruh malaikat Izrail. Malaikat ini agak garang dan bengis sedikit. Memang langsung tiada kesian-kesian. Bumi merayu juga lalu kata malaikat Izrail, “Sorry lah Bumi, aku TAKUT dan PATUH kepada perintah Allah lalu diambilnya tanah-tanah dari segenap pelusuk 7 lapis bumi dan bawa naik berjumpa dengan Allah.

Allah menyuruh malaikat Izrail menguli tanah-tanah itu (macam Mamak duk uli roti canai tu lah) dengan pelbagai jenis air. Ada masin, tawar, pahit dan kelat.

Kemudian Allah campurkan seketul tanah liat Nabi Muhammad dan diuli bersama-sama dengan tanah Nabi Adam tadi.

Dibuatlah saperti bentuk manusia – iaitu Nabi Adam dalam bentuk baring. Panjangnya kira-kira 60 hasta. Lebih kurang 70 kaki lah tu. Terletak di depan pintu syurga selama 40 tahun dan dibiarkan kering.

Para malaikat melihat bentuk tubuh Adam. Kesemuanya suka belaka.

Iblis dan geng-gengnya juga melihat bentuk tubuh Adam. Mereka berasa hairan. Mereka menepuk-nepuk lalu berlubang kecil jadinya. Mereka masuk ke dalam bentuk tubuh Nabi Adam itu.

Hujan telah turun selama 1 tahun ke atas bentuk tubuh yang kering itu iaitu Hujan Sukacita.

Setahun lagi hujan turun. Ini adalah Hujan Dukacita.

Kemudian Allah perintahkan ROH untuk masuk ke dalam jasad Nabi Adam. Roh tidak mahu. Allah paksa juga. Akhirnya masuklah ROH melalui UBUN-UBUN KEPALA sampai hingga ke dua-dua mata. Kemudian terus meresap ke hidung lalu TERBERSIN. Bila meresap sampai ke lidah terus mengucap:

ALHAMDULILLAHIRROBBIL ‘ALAMIN…

HOT!Buat Duit Hanya Duduk Rumah >> PROGRAM AFFILIATE JOB DIRUMAH

Roh terus meresap ke bawah sampai ke lutut. Ia cuba untuk bangun tetapi gagal. Terus lagi sampai ke betis dan 2 kaki. Nabi Adam terus bangun berdiri. Allah tambahkan lagi kuku-kuku pada semua jari-jari Nabi Adam untuk menambah kecantikkannya lagi.

Ada 9 “pintu” rongga pada jasad Nabi Adam itu, iaitu 7 “PINTU” DI KEPALA dan 2 “pintu” di bahagian bawah badan.

Di kepala: 2 telinga, 2 mata, 2 hidung dan 1 mulut.
Di bawah: qubul dan dubur

Hiduplah Nabi Adam dalam syurga.

Kesimpulannya:Allah cipta Nabi Adam kerana hendak melahirkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi Akhir Zaman.

(3784)

About The Author

16 thoughts on “Di sebalik Kejadian Nabi Adam

  1. hafizmd

    Menghadami siapa diri kita yg sebenar2nya akan membawa kita patuh sujud taat pada Allah Yang Maha Pengasih Lg Maha Penyayang

    thanks boh! alhamdulillah

    Reply
  2. Hafizul

    Emm terima kasih hidangkan saya hidangan yang istimewa ni..kawe lamo doh dop baca kisah-kisah macam ni..bukan tak ada masa,..tapi kalu nok bukok buku, raso malas..nak search dalam google rasa malas..haha..kalu ado rakan blogger buat artikel macam ni selalu, kawe rajin pulok baco..dop tahu bakpo..

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      sama-sama boh…
      mungkin kalau dalam artikel blog penerangan tidak terlalu panjang dan lebar…
      ianya telah diringkaskan supaya senang difahami dan hanya menitik beratkan point-point penting sahaja…
      ini adalah kerana sesetengah pembaca akan cepat boring jika melihat artikel terlalu panjang…

      Reply
  3. Pingback: Tau Fu Fah Greenwood Super Sedap! | Resepi Taufufah Mudah Sedap — HAFIZMOHD.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *