Mencari Kesempurnaan Dalam Solat

Alhamdulillah syukur kepada Allah…dipanjangkan lagi umur kita untuk hidup sehari lagi…TETAPI jangkamasa kita untuk mati telah dipendekkan sehari lagi…syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezeki yang banyak dari pelbagai punca dan sumber….Allah telah memberikan kita nikmat untuk merasai rezeki itu…nikmat manis, pahit, pedas….bila kita minum dan makan….nikmat kenyang dan haus….dengan anggota yg diberi kita dapat merasai sesuatu….rasa sakit….rasa gembira…rasa sedih…..rasa boring…dan macam-macam lagi…tapi yang lebih penting ialah nikmat IMAN DAN ISLAM…..

Kalaulah nikmat-nikmat ini Allah cabut atau tarik balik daripada kita…APA AKAN JADI ?????
Iman dan Islam tak ada pada kita…kita akan buat apa sahaja..baik atau buruk..demi untuk memuaskan nafsu kita….syaitan dan iblis senang goda kita untuk buat apa sahaja benda yang tidak baik di muka bumi ini…..
Apa akan jadi….makan..makan..aje…..tapi tidak rasa kenyang pun…..perut dah memboroi buncit…….tapi tak rasa nak berak pun….
Air diminum bergelen-gelen…tapi tak rasa puas pun…..dan tidak rasa nak kencing pun……..
Makan cili berkilo-kilo….garam berkilo-kilo jugak……tapi tak rasa pedas dan masin pun !!!! Tak ke haru dibuatnya……

Tapi,apa balasan kita balik kepada Allah yang memberikan segala-gala ini kepada kita ??? Allah tak mahu apa-apa dari kita….DIA Cuma mahu kita mengaku bahawa ALLAH itu sahajalah tuhan yang ESA SEBENARNYA dan TIADA SEKUTU bagiNya…..buat benda-benda yang baik..dan jauhilah benda-benda yang tidak baik……tanda patuh kepada Allah ialah dengan solat 5 waktu sehari semalam…..ini rutin harian yang WAJIB kita buat.Kalaulah anak kita yang dah baligh, TAK SEMBAHYANG…kita mesti pukul dia….ini kita yang dah lebih 20, 30, 40, 50 tahun, takkan lah tak baligh-baligh lagi !!!!!! Anak tak solat, kita pukul dia….kita tak solat….ANAK PULAK WAJIB TIBAI KITA.sepatutnye…..

Alhamdulillah….kalau kita, isteri kita, suami kita dan anak-anak kita dah rajin solat……cuba pulak kita berusaha dan berazam macamana nak jadikan solat kita tu LEBIH SEMPURNA LAGI…..cara-caranya….

8 Perkara Cara Wuduk yang Sempurna:

• Ambil wuduk betul-betul….kumor-kumor mulut….hembus-hembus hidung ( manalah tahu kot taik hidung besar-besar kacang hijau…keluar ..syaitan tak boleh bergayut di bulu-bulu hidung lagi)
• Coverlah aurat kita masa ambil wuduk tu.Jangan “ bolin “ aje masa ambil wuduk…pasang niat….basuh muka…..bagi kulit muka merasai kena air….tambahan bagi orang-orang yang tebal jambangnya….panjang sekaki janggutnya……misai setebal ular sawa…..
• Penuh kusyuk ambil wuduq….basuh muka sambil ingatkan Ya Allah putihkan lah muka ku ini bila bangun dari kubur nanti…..
• Basuh tangan….ya Allah..bagilah kitab amalan ku nanti dari depan dan terus ke tangan kanan ku….janganlah Kau bagi dari belakang atau dari kiri…atau campak dari atas..
• Sapu kedua telinga..Ya Allah peliharalah kedua telinga ku ini untuk mendengar benda-benda yang baik-baik sahaja…
• Sapu dahi terus ke belakang.Ya Allah kau haramkanlah api neraka memakan kulit dan rambut ku ini
• Basuk kaki hingga ke buku lali…..Ya Allah peliharalah kakiku ini hanya untuk berjalan pergi ke tempat-tempat yang engkau redha sahaja ya Allah
• Bacalah doa yang biasa….

INGAT !!!! Sempurna wuduq..Insyaallah..sempurnalah solat kita …

Saja-saja nak bagi tahu dan ingatkan saja….walau pun dah tahu…

• Jemaah laki-laki nak betulkan Imam..bacalah SUBHANALLAH…..
• Jemaah perempuan pulak nak betulkan Imam (perempuan.) dia….belakang tapak tangan kanan tepuk belakang tapak tangan kiri….tapi janganlah sampai satu dunia dengar…..sekadar boleh didengari memadailah…
• Kalau kita nak ikut orang solat ( nak berimam dengan orang )…angkatlah takkbirotul Ihram dulu…..baca Allahu Akbar..lepas tu barulah kita cuit bahu orang depan yang kita nak ikut berjemaaah tu….TAPI JANGAN kita terus berdiri di belakang dia dan hulur tangan cuit bahu dia….lepas tu baru kita takbir Allahu Akbar……berdosa tu…sebab kita diluar solat, sentuh orang sedang solat….kita misti “ IN “ dulu..angkat takbir Allhu Akbar….baru hulur tangan sentuh bahu dia….nak bagi tahu dia kita ikut dia….
• Tapi ..kadang-kadang yang kita nak ikut tu pun satu hal pulak….kita ucap Allahu Akbar tak kuat pulak..….bila kita sentuh bahu dia…..dengan muka marah dia menoleh ke belakang tengok kita…..” menate mu…mu nok gapo? …kacau aku semaye..“….maka….batallah solat dia….

Sekian…dan selamat beramal.

(867)

About The Author

2 thoughts on “Mencari Kesempurnaan Dalam Solat

  1. Pingback: Kejadian manusia,kejadian Nabi Adam | muhamadyusri dot com

  2. Pingback: Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula. | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *