Hidup Adalah Anugerah Dari Allah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih dapat menyedut udara bersih lagi pada hari ini. Dapat make nasi ‘dage‘, roti canai telor, soto, minum teh tarik, milo ais dan macam-macam lagi. Tetapi ada kawan-kawan kita yg tak sempat bersama kita hari ini kerana ajalnya sudah sampai malam tadi. Ingatlah kita pada mati kerana pada bila-bila masa saja Allah boleh tarik nyawa kita ni. Sentiasa ingat mati pun dapat pahala. Sekurang-kurangnya 100 kali sehari…yang menulis entri ini pun kekadang lupa jugak. Itulah sifat insan. Tajuk entri kali ini rasa macam pernah aku dengar je, tapi di mana ye? Hah! Lirik lagu Hijjaz ni 🙂 .

Rakaman sesi Soal-Jawab di antara GURU dgn MURID-MURID:-

Guru: Apakah yang PALING BESAR?
Murid: Dunia.
Guru: Tak betul. Yang paling besar ialah HAWA NAFSU…tidak ada batasannya…kalau boleh satu dunia nak..bini satu tak cukup…hendak empat..ikut sunah Nabi katanya….gaji 2000 tak cukup..nak 4000….Honda Accord tak cukup..nak BMW saloon pulak tu…tak cukup lagi, nak BMW sport pulak…gitulah seterusnye…

Guru: Apakah yang PALING BERAT

Murid: Besi.
Guru: Salah…Yang paling berat ialah AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB…pegang jawatan Kerani…tapi ‘mengayam‘ selalu…jadi Finance Manager…duit syarikat dia kebas…jadi Pengerusi Masjid/Surau..duit masjid/surau ‘liau‘ (hilang)…jadi Menteri…hak orang dia sapu dengan menggunakan jawatan dan kuasanya…jadi Pengurus rumah anak-anak yatim…derma orang ramai untuk anak-anak yatim dikebasnya…susah nak cari orang yang betul-betul amanah dan bertanggungjawab.

Guru: Apakah yang PALING RINGAN?
Murid: Kekabu/Kapas
Guru: Tak betul. Yang paling ringan ialah MENINGGALKAN SOLAT. Kita akui sendirilah yang ini. Dia tidak rasa bersalah pun kalau tak solat. Main bola sampai petang dan lansung tinggal solat Maghrib. Kusyuk main golf sampai lupa nak solat Zohor, Asar dan Maghrib. Sibuk kerja, langsung tinggal solat. Begitu ringan sekali kita rasa…astaghfirullahhhh…

Guru: Apakah yang PALING JAUH?
Murid: Matahari.
Guru: Salah. Yang paling jauh ialah MASA yang telah tinggalkan kita…kita asyik leka dengan melayan hidup hingga lupa nak beribadat kepada Allah. Apabila dah tua dan pencen dan dah jadi ahli Kelab RTM (Rehat Tunggu Mati) barulah kita nak pulun beribadat. Nak mengaji, nak menderma, nak berjemaah kat masjid tetapi badan dah tak larat. Tenaga tak ada. Mata dah kabur, rambut dah gugur, tulang dan urat dah kendur. Gigi dah tak ado. Sound dah trouble. Semuanya dah tak berguna lagi dah. Kita nak balik ke zaman muda dulu-dulu? Dah tak ade harapan lagi dah. Masa dah jauh tinggalkan kita. Sudah terlambat.

Guru: Apakah yang PALING DEKAT?
Murid: Sini saja.
Guru: Tak betul. Yang paling dekat dengan kita adalah KEMATIAN. Bila-bila masa saja Allah akan cabut roh/nyawa kita. Jasad/badan kita akan terkujur mati.

Renung-renungkanlah sambil kita beribadah buat kerja kita seharian. Basahkanlah bibir kita dengan berzikir. Sambil-sambil buat kerja tu dalam hati atau mulut ingatkan Allah. Subhanallah ke…Alhamdulillah ke…Allah huakbar…Ya Latif ke… Ya Haiyyun ke…nama-nama Allah yang ada 99 tu.

Wassalamualaikum…

(1606)

About The Author

10 thoughts on “Hidup Adalah Anugerah Dari Allah

  1. cheeze maz

    Salam ziarah. Hidup adalah anugerah dari Allah… sma2 berkongsi nikmat dan rezeki. Jemput joint juga ya Giveaway akak.

    jangan lupa tekan button share di bawah tajuk entry akak tu untuk share di facebook @ tweeter.

    insya Allah, berjaya dapatkan pack serbuk tu nanti.

    Reply
  2. cik tom

    thanks utk perkongsian renungan ni..amanah n tanggungjawab plg penting..kl kita amanah n tggjwb insyaAllah kita akan menghargai masa, menunaikan solat n bersedia utk menghampiri kematian..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *