Samak Kasut dan Selipar

Beberapa hari yang lepas,semasa saya membuka pintu rumah dan grill, saya betul-betul terkejut ‘giler’ apabila mendapati ada seekor anjing yang sedang baik punya landing kat atas selipar dan kasut yang tersusun di sebelah kanan pintu rumah.

Huh!Tak pasal-pasal saya menyumpah di dalam hati. Geram bercampur takut jugak. Apa nak buat…benda dah terjadi. Saya usir anjing tu.Susah betul dia nak lari.Saya ambil penyapu lidi.Hentak dua tiga kali di atas lantai terus dia beredar dari situ.

Jadi, tindakan yang harus saya buat sekarang adalah untuk menyucikan semula kasut-kasut dan selipar-selipar yang telah dijadikan tempat landing anjing tu.Seperti yang sedia maklum,anjing adalah binatang yang haram dan diklasifikasikan sebagai Najis Mughollazoh.Maka untuk menyucikan najis ini, saya memerlukan air tanah/lumpur dan air biasa yang bersih.

Foto Tanah

Hari ini,saya pergi ke kawasan perumahan yang sedang dibangunkan bersebelahan dengan deretan rumah yang saya tinggal sekarang untuk mendapatkan sedikit tanah.Setelah mendapat separuh baldi tanah,saya pulang semula ke rumah.Saya isikan baldi tadi dengan air dan gaul-gaulkan supaya air tadi bercampur dengan tanah.Kemudian saya basuh kasut-kasut dan selipar-selipar yang terkena anjing tu dengan air tanah tadi sebanyak satu kali.Selepas itu saya basuh pula dengan menggunakan air bersih (air paip) sebanyak enam kali.
Maka telah selesailah saya menyucikan kasut dan selipar yang dah terkena Najis Mughollazoh itu.Alhamdulillah…

Kenapa anjing tu boleh menceroboh masuk ke kawasan rumah saya?Sedangkan pintu pagar sentiasa tertutup dan terkunci.Mana tidaknya,lubang pintu pagar besar-besar sangat.

Gambar ni diambil sebelum saya menduduki rumah ini.

Jadi untuk sementara ni,sebelum berkemampuan untuk menukar ataupun mengubahsuai menjadi pintu pagar yang lebih cantik,rasanya saya perlu memasang gerigi dawai yang mempunyai lubang kecil-kecil pada pintu pagar rumah saya. Dengan demikian boleh mengelakkan binatang-binatang atau sampah-sampah yang berterbangan masuk ke kawasan rumah saya.

(11068)

About The Author

7 thoughts on “Samak Kasut dan Selipar

  1. Pingback: Kejadian manusia,kejadian Nabi Adam | muhamadyusri dot com

  2. Pingback: All About Jelly Bunny | muhamadyusri dot com

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *