Tazkirah Hari Jumaat

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog muhamadyusri dot com.

Alhamdulillahi robbil alamin.Syukur pada Allah yang telah menciptakan kita.Cukup anggota tubuh badan yang setiap satu punyai fungsi-fungsi tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah.Allah kurniakan nikmat yang cukup banyak.Ada nafsu untuk makan.Boleh buang air kecil,boleh buang air besar dan boleh minum.

Ada pasangan laki-laki dan perempuan.Semuanya boleh tetapi dengan syarat.Buatlah apa yang Allah dan NabiNya Muhammad S.A.W suruh dan perintah.Jangan buat benda-benda yang Allah dan NabiNya larang.

Memohon keampunan Allah

Sumber dari Google Images

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.Kekasih Allah yang segala perkataan yang keluar dari mulutnya adalah dengan ilham dari Allah melalui Malaikat Jibril.Segala sunnah ( perbuatannya ) adalah benar dan kita ummatnya cubalah sedaya upaya untuk mengikutnya.Segala-galanya adalah benar belaka.Ummat bagindalah yang paling istimewa dari ummat Nabi-nabi yang lain.Malah Nabi Musa dan Nabi Isa sendiri ( yang jadi Nabi/Rasul sebelum Nabi Muhammad ) memohon kepada Allah untuk menjadi ummat Nabi Muhammad!

Ingatlah!Antara banyak perkara yang Allah bagi pada kita ialah ketuhanan.Allah itu adalah Tuhan yang Satu.
Dan kita sebagai hambanya ni adalah wajib memberikan pengakuan kita tentang keEsaan Allah itu melalui kalimah Tauhid yang kita duk ucap setiap kali solat iaitu:

LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADARROSULULLAH.
“hanya Allah sahaja tuhan kita.Tidak ada sekutu bagiNya.Tak ada tuhan yang lain lagi dah dan kita mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”

Dengan pengakuan ini kita hanya sebagai hamba wajib patuh dan taat kepada Tuan kita iaitu ALLAHU SUBHANAHU WATAALA dan pesuruhNya Nabi Muhammad S.A.W.Laksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Itulah sahaja yang Allah dan NabiNya mahu kita buat semasa hidup di dunia ini.

Yang kedua Allah bagi kita ganjaran pahala jika kita ikut, patuh dan taat segala perintahnya.

Sebagai balasanya,kita buat sahaja semua perkara yang Allah dan NabiNya suruh buat benda-benda yang baik.Seperti solat fardhu,solat sunat,puasa,zakat dan haji (jika mampu).Buat satu perkara yang baik.Allah bagi 10 ganjaran pahala tapi tak nampaklah sekarang.Ianya di akhirat nanti.Pada masa hari timbangan nanti.Tak diberi sekarang dan bukan dalam bentuk cash.Kalau bagi sekarang dalam bentuk cash alamat pergi shopping lah kita kat Jusco (err AEON sekarang),Tesco,Giant,Kamdar,Mydin dan macam2 lagi super market.

Tetapi kalau kita buat perkara-perkara yang Allah dan NabiNya larang dan tegah maka akan mendapat dosa serta kemurkaan dari Allah.Cepat-cepatlah memohon ampun dan bertaubat apabila kita menyedari kesilapan kita.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sekian untuk Tazkirah Hari Jumaat.

MY said: Semoga artikel ini memberi manfaat dan jika tidak harap dapatlah berikan komen.

(948)

6 thoughts on “Tazkirah Hari Jumaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge