Penghijrahan Saltmine

Bermula pada 5hb January 2011 lepas,saya telah memulakan kerjaya di saltmine yang baru.
Setelah lebih kurang 5 tahun di saltmine yang lama,akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk berhijah ke saltmine ini.

Selamat tinggal buat bidang pembuatan pencetak terutamanya pencetak Hewlett Packard (HP). Kini saya mula berkenalan dengan dunia pembuatan penyedut hampagas. Jenama yang terkemuka di dunia iaitu Dyson.

Walaupun bekerja dalam bidang pembuatan produk yang berbeza,namun konsep dan bidang kerja masih lagi sama. Namun di saltmine baru ini saya perlu banyak mempelajari perkara-perkara baru dan sedikit berbeza jika dibandingkan dengan saltmine yang dulu.

Jika dulu bikin pencetak (printer)…

Tapi kini bikin penyedut (vacuum cleaner)…

Seronok sungguh dengan produk ini…setelah hampir 10 tahun bergelumang dengan dunia pembuatan printer HP.Berbagai-bagai pengalaman telah ditimba. Di sana juga saya membina kerjaya saya,daripada jawatan pembantu kejuruteraan (Engineering Assistant) sehinggalah sampai kejawatan Jurutera Pembuatan (Manufacturing Engineer).

Semoga di saltmine baru ini saya akan memperolehi pengalaman yang lebih berguna dan juga dapat meningkatkan kemahiran kerja dalam diri saya.InsyaAllah…

(1223)

6 thoughts on “Penghijrahan Saltmine

    1. muhamad yusri Post author

      pengalaman bersama printer HP dari tahun 2000 sampai 2010. Macam jenis printer HP kawe buat. Banyak revolusi yang dah dilalui dalam teknologi printer HP…kawe pernoh jago sekecik printer (AIO portable printer) sampailah sebesar-besar printer (plotter) sebesar keranda.
      Berenti sebab cari kerja hok lebih dekat dengan rumoh dan di samping nok tamboh gaji lah etek…komitment koho besar boh…huhu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge