(930)
Category Archives: Apa-apa aje
Semangat Masih Ada
Secangkir Rindu qoqo stevia buat penyegar mata, salam sejahtera kepada semua pembaca blog muhamadyusri dot com. Setelah blog ini direhatkan selama 4 setengah bulan, hari ini aku kembali menulis. Menulis bukan kerana nama, menulis kerana ada sesuatu yang mahu dikongsikan bersama.
Pada kebelakangan ini aku sibuk sedikit dengan projek-projek offline aku. Ya projek offline. Walaupun pendapatan online pun tak seberapa, ada juga perasaan ingin mencuba perniagaan offline. Orang kata tak cuba tak tahu, biar kita cuba dulu.
Sebelum itu aku ingin memberitahu korang semua serba sedikit tentang perkembangan blog ini. Antaranya adalah perubahan dari segi susun atur maklumat dari blog ini akan diperkemaskan lagi. Theme wordpress yang baru telah digunakan. Theme ini adalah hadiah daripada AzmanIshak.Com sempena giveaway yang beliau anjurkan tahun lepas. Isi yang berguna dan lebih padat akan aku cuba berikan kepada korang semua. Continue reading
(415)
Pendapatan Pertama Dari Nuffnang
Ha ha.
Siapa kata tak boleh buat duit dengan blog? Tengok cek aku dapat ni. Walaupun bukan 4 angka tapi bolehlah daripada tak dapat langsung. Korang ingat senang ke nak dapat RM1 dari orang yang tidak kita kenali selain dari Hari Raya. Ini kan pula dengan hanya berbekalkan sebuah blog.
(992)
Wordless Wednesday #38 – Angpow CNY 2014
Yey!Sudah Sampai.
Dalam entri yang lepas iaitu mengenai Jelly Bunny, aku ada kongsikan sedikit info khas buat pembaca di blog yang naif lagi daif ni. Memang ramai yang memberi feedback mengatakan tidak pernah dengar tentang produk jenama Jelly Bunny. Aku sendiri pun baru-baru ini je tahu pasal kasut yang berbau wangi dan harum bak gula-gula.
Memandangkan di Johor ni belum ada lagi butik atau pengedar kasut Jelly Bunny, aku telah mintak tolong dengan adik ipar aku yang tinggal di Penang untuk membeli sepasang kasut Jelly Bunny itu. Khas buat XYL aku yang tercinta. Hu hu.
Melalui Whatsapp, kami berhubung dalam pada membuat pilihan warna dan design kasut yang berkenan di hati ketika adik ipar aku berada di butik Jelly Bunny. Senang betul pakai Whatsapp kan? Dah lah free, cuma nak kena ada access internet je. Continue reading
(2483)