Permulaan Tahun 2011:Pendaftaran Tahun 1 Danial

Lama betul saya tidak update blog triplej ni. Ini adalah posting pertama saya untuk tahun 2011 ni. Banyak betul perkara-perkara yang perlu saya update kat sini tetapi telah ‘terbuang’ begitu saja.
Tahun 2011 saya bermula dengan pendaftaran kemasukan tahun 1 anak sulung saya Akmal Danial di Sek.Keb.Jeram Tekoh (SKJT) ,Gua Musang.
Pada asalnya saya telah mendaftarkan Danial untuk tahun 1 di Sek.Keb. Taman Bukit Tiram,Ulu Tiram,Johor, tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya telah memohon penukaran sekolah ke SKJT.
Tiada apa-apa masalah buat Danial kerana dia memang terlalu excited untuk memasuki alam persekolahan. Dengan diiringi semangat baru,baju baru,kasut baru,beg baru dan buku baru. Senang cerita serba baru lah. Keceriaan jelas terpancar pada wajah Danial. Suasana persekolahan yang baru, ditemani rakan-rakan lama semasa di sekolah tadika dulu dan juga rakan-rakan baru yang mungkin datang dari tempat lain-lain.
Pagi itu selepas siap sesi pendaftaran, Danial ditempatkan di kelas sementara 1 Bijak. Baru-baru ini saya ada telefon Danial dan dia beritahu yang dia dah pun ditempatkan di dalam kelas 1 Bestari untuk kelas tetapnya. 
Macam biasalah,Danial seorang yang agak pendiam cuma duduk di tempatnya tanpa berkata apa. Kemudian saya pergi ambil buku teks dan pergi beli buku tulis di koperasi sekolah.
Belum sampai tengahari cikgu telah memberi kebenaran untuk pulang ke rumah. Hari pertama di sekolah hanyalah untuk sesi pendaftaran dan pengambilan buku teks serta membeli buku tulis. Pembelajaran di dalam kelas belum lagi bermula.
Semasa pulang sempat lagi Danial berposting di depan pintu masuk sekolah. 

(821)

About The Author

2 thoughts on “Permulaan Tahun 2011:Pendaftaran Tahun 1 Danial

  1. Anonymous

    Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *