Salam semua,
Sejak kebelakangan ini aku selalu terserempak dengan kereta yang berlubang pada bahagian bumper belakang.
Kebanyakannya adalah kereta Honda Civic dan tidak kurang juga kereta Proton Wira. Aku terfikir jugak kenapa diorang buat lubang pada bumper tu? Adakah ini trend? Bukan ke perbuatan itu telah mencacatkan fizikal sebuah kereta? Sayang sekali kan bumper itu ditebuk buat lubang dan menampakkan bahagian dalam di sebalik bumber belakang. Pasti ada jawapan yang logik dan berteknikal di sebalik lubang yang dibuat itu.
Aku cuba tanya pakcik google dan terjawablah serba-sedikit persoalan di mindaku selama ini. Secara asasnya, ia berkait rapat dengan teori aerodinamik sesebuah kereta ‘drag’. Kalian faham tak apa itu kereta drag? Senang cerita kereta yang terlibat di dalam perlumbaan di jalan yang lurus dan pada jarak dekat. Jadi lubang pada bumper belakang itu adalah untuk mengurangkan kesan ‘drag’. Ini adalah kerana sesebuah bumper itu bertindak seperti payung terjun yang berupaya memperlahankan kelajuan sesebuah kereta.
Aliran angin yang terperangkap di dalam bumper akan memperlahankan kelajuan sesebuah kereta. Fenomena ini biasanya disebut ‘downforce‘. Jadi dengan adanya lubang itu ianya berupaya untuk mengalirkan udara atau angin yang terperangkap selancar yang boleh.
Itu serba sedikit yang dapat aku fahami melalui pembacaan aku dengan bantuan pakcik google. Jika ada antara kalian yang arif atau otai dalam bidang ni, harap sudilah berikan pendapat dan betulkan jika ada kesilapan di dalam huraian yang aku berikan di atas.
Adios…73.
MY said: Terlepas untuk menyaksikan Malaysia Drag Race di Taman Mount Austin pada 30 & 31 March 2013 yang lepas anjuran Liqui Moly. Hanya lalu dan tengok dari kejauhan saja dek masa yang tidak mengizinkan.
(13462)
About The Author
Kalau macam tu,mesti kereta-kereta yang ada lubang macam ni jenis yang sangat laju..
yer kot…yang jenis ngikut-ngikut pun ada gak…haha
belum nmpk lg mane2 kereta lubgkn bumper kt jln biase
jd, kalai buang terus bumper tu…lagi kurg downforcenye…heehe
huduh angat ah kete togel takdok bumper..hahaha…
hahaha…ambe tgk berlubang2 camtu, taklah cantik mane boh! opsss…
memang dok cantik lasung boh!haha
sayang den nak tebuk kereta.. heeeee..
nak lumba kereta, kena beli kereta ferrari.. baru best ..
sayang ooo…beli kete mahal-mahal buat lumba…huhu
Boh, nok wak gini eteh ahh viva kawe..mano tahu buleh potong waja demo kekgi..hahaha
haha…buat lah boh…kalu bowok slow tak dok pekdoh gok boh…huhu
Haha..dop jadi ahh nok buat..dop leh lari laju sebab kawe pemandu berhemah..takut excident, hormati had laju jalan rayo…hahaha
haa.. sah2 tak doh kojeh ni eh… buat2 klu buat asl jgn usik org dh le 🙂
memang jenis tak senang duduk ni…tu yang buat keje macam tu…orang macam ni dia tak usik orang punye…dia usik kete je…haha
kalu sengaja gi lubangkan bumper org, silap haribulan, ada tangan yg berlubang lepas tu…hohoho..hati2
tengok style tahu doh demo seorang yang bersopan-santun di jalan raya…nok motong ore lain pun tunduk palo sambil hulur tange bowoh…hehe
maaf, ambe tumpang lalu…terbaiklah!
aman dunia jalanraya boh!
memang terbaik…susah nok jumpe orang macam ni…berjuruh sungguh…huhu
haah skrg ni dah trend dah..
tak nak buat ke bro?huhu
buruk sungguh.lain klu kereta drift ke hee agaknya perlu.tpi sy bg sy beli kereta mahal2 pastu pi tebuok lubanga doi…tak sanggup..berani tanggung risiko
tak pe dia pakai bumper yang local jer tu…yang ori dia simpan…pasang balik time nak trade in nanti…huhuhu
biarlah. diorang suka lubang-lubang..
haha…biarlah mereka dengan lubang-lubangnya…
macam-macam lah kalau dah kaki kereta ni…nank kurangkan geseran cabut terus je bumper tu.. 😛
haha…togel pulak kete tu…
Kalau kena tahan JPJ agak2 lepas tak?
tak pastilah tu bro…kena mintak pendapat yang arif tentang ni…huhu
Hehe..masalah jugak kan kalau tak lepas JPJ..
memang masalah…tapi tengok sekarang ni ramai pulak owner kete yang buat cam gini…huhu
ingatkan untuk letak peluru torpedo..hehe
bazooka penaka pun boleh jugak tu…haha
haha aku pon selalu ternampak tapi xde plak nak cari kenapa..
dah baca ni tau la fungsinya lubang tu 😀
itulah pasal bro…ada je bende pelik-pelik diorang buatkan…hehe
maksudnya nak bagi udara keluar dari situ la ek.. baru leh laju.. dah tu, tak yah letak bumper, ok tak? hehe
lebih kurang gitulah…
mana lawo takde bumper…haha
Baik dicabut je bumper tu.. Haha,, Lagi lancar je angin tu nak lalu.
tak cun plak bro…haha
takut tikus buat sarang je dalam lubang tu 🙂
takpe senang nak tengok bro…hehe
nak tumpang tanya kalau servis kereta myvi kt pusat servis ke ataupun servis dkat bengkel je lg murah? lagi satu klau tukar bumper depan kereta myvi berapa harga?
Tapi memang nampak keren jika bemper di beri lubang seperti itu,,,
keren tu apa mas?aneh ka atau jelek?huhu
Saya ada pengalaman mengenai hal ini.. time sekolah dulu2…
saya faham maksud awak… teruskan usaha… penulisan dan gaya bahasa yg
baik.. tahniah…
apa kesannya kalau byk modify kereta ni.. ok ke..
Ouhh..bru aq faham:)
Tapi dgr cite trend terbaru tebok lubang kt depan plk
Hahahha..
Kann…bukan tebuk bumper depan je…tebuk bumbung pun ada juga…nak tengok langit senang…kihkih…
ada lagi trend terbaru…bumper belakang cabut terus…pastu spray color fluorescent…kuikui…
Salam… betul tu bro.. cuma yang pasal downforce tu macam salah sikit.. memang buat lubang kat bumper untuk membiarkan angin yang terperangkap untuk keluar… cuma tindak balas tu bukan downforce.. secara asasanya aliran udara yang baik adalah laminar.. tapi aliran tersebut akan berubah menjadi turbulen dibahagian belakang kereta tak kira di bahagian atas atau pun bawah.. untuk bahagian atas kereta, penyelesaiannya adalah pemasangan spoiler… bahagian bawah pula, penyelesaian nya adalah dengan cara meninggikan sedikit bumper belakang atau pun membuat lubang dibahagian belakang..
sekian…
tak pernah jumpa lagi jenis macam ni.