Salam semua,
Kalian dah buat e-Filing? Masuk tahun ni, sudah 3 kali aku submit e-Filing di laman sesawan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalian pasti sedia maklum tentang e-Filing kan? Bagi mereka yang belum tahu, e-Filing adalah satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.
Secara umumnya e-Filing terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1) Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
2) Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
2 bahagian ini adalah yang biasa diisi oleh rakyat di Malaysia.
Macam aku ni, sudah pastilah isi borang yang nombor 2 tu.
Aku telah pun isi dan submit e-Filing pada 31hb Mac 2013 bagi pendapatan tahun 2012.
Hasil daripada perkiraan itu, adalah sedikit jumlah Cukai Terlebih Bayar. Walaupun tak berapa banyak tapi adalah jugak rezeki tu hasil daripada Potongan Cukai Bulanan (PCB).
Alhamdulillah. LHDN sekarang bertambah efektif di dalam melaksanakan tugasan pembayaran balik cukai terlebih bayar. Dalam masa seminggu saja, amaun itu sudahpun didepositkan ke dalam akaun bank yang aku berikan semasa mengisi e-Filing tu. Kiranya ini sebagai bonus jugaklah walaupun ianya adalah hasil dari titik peluh kita sendiri tetapi disimpan sementara oleh LHDN.
Jadi kepada mereka yang belum lagi menghantar e-Filing tu silalah buat cepat-cepat ye. Manalah tahu ada rezeki menyebelahi kalian.
Tarikh akhir penghantaran borang dan bayaran baki cukai adalah seperti berikut:
1) Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
– 30 Jun 2013
2) Tiada Punca Pendapatan Perniagaan – 30 April 2013
Link untuk ke laman sesawang LHDNM, sila klik : LHDNM
Link untuk mengisi borang e-Filing, sila klik : Borang e-Filing
Selamat mengisi dan menghantar borang e-Filing. Semoga ada rezeki buat kalian.
(3574)
About The Author
Baru tahu kemungkinan untuk lebihan tetap ada ye?Ingatkan kita je yang kena bayar, rupanya ada sesetengah kes kita juga akan dibayar..terima kasih..
betul tu…ambe dah kali ke-3 terima duit cukai terlebih bayar…
belum isi lg dan lhdn tak pernah byr lebihan pcb ambe…belum ade rezki lg…
buat taksiran dulu boh…mana tahu ada cukai lebihan bayar…banyak perkara untuk pengecualian cukai tu…termasuklah insurans (nyawa/perubatan) serta broadband….
itulah citernye..ambe tahun ni belum buat lagi..hehe
tp ape yg ambe citer kat atas tu utk tahun taksiran 2-3 tahun lepas..langsung takdok khabor berita dari lhdn utk lebihan bayaran cukai…ermmm
mase deme buat taksiran tu memang ada lebihan bayaran cukai ke?
kalu ada deme gi je LHDN, ghepok sikit puok dia…hari tu jugok deme buleh dapat cek…
member ambe pernoh buat…
hoho..memang tepat dan selamat. 🙂
ko dah buat belum?hehe
ni tauke affiliate kena declare jugak ni..hohoho
sudah semestinya boh…
errr..dah register belum perniagaan en. titan?
Emm tak pernah lagi buat menda ni boh..
takpo lah boh…kalu sapa time demo buatlah…
po ayat ngajuk jah ni…kawe nok pujuk jauh…hahahahaa
demo gak…lagu tu pun kato ngajuk doh…haha
kena isi ke… gaji berapa baru kena cukai ek..
boleh aje isi bro…nak kepastian lagi boleh ke LHDN kat Angsana tu bro…
wah seperti itu ya,,,baru tahu saya
ya..begitu saja..