Give away Template WordPress Premium Dari AzmanIshak.Com

OK. Saudara Azman Ishak dengan berbesar hatinya ingin memberi Template WordPress Premium secara percuma dengan hanya membuat satu entri ringkas mengenai mana-mana entri dalam AzmanIshak.Com yang bermanfaat bagi korang.
Aku telah memilih entri yang bertajuk ‘Cara atasi masalah gelembung pada printer topup ink’.

Giveaway Blog AzmanIshak

Aku memang gemar artikel yang berkaitan dengan penyelesaian sesuatu masalah yang berlaku dalam printer. Ini adalah kerana aku mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang pembuatan printer berjenama HP.

Berbalik kepada artikel tadi, Azman Ishak telah menerangkan teori Fizik yang boleh dikaitkan dalam permasalahan serta penyelesaian kepada gelembung pada printer topup ink iaitu Prinsip Bernoulli.Penerangan yang beliau berikan memang jelas dan amat mudah difahami bagi sesiapa yang membacanya.

Aku juga kagum dengan ilustrasi yang digunakan di dalam menggambarkan susun atur sebuah printer. Walaupun beliau hanya sketch gambar menggunakan google sketchup tapi ianya tetap menarik.

AzmanIshak sketch_1 AzmanIshak sketch_2 AzmanIshak sketch_3

Banyak komen yang telah diberikan di dalam artikel ini. Bagi aku ianya lebih kepada persoalan dan permasalahan. Kesemuanya telah dijawab oleh beliau dengan baik (penuh keikhlasan) serta berjaya menjawab kepada persoalan yang diajukan.Aku juga turut meninggalkan komen untuk artikel ini iaitu pada 30 April 2012.

Baiklah.Jika korang ingin tahun dengan lebih lanjut tentang artikel menarik ini, bolehlah klik di sini.Semoga ianya akan memberikan satu informasi yang berguna buat korang.
Give away ini adalah tajaan AI MEDIA NETWORK dan AzmanIshak.Com.

(1795)

About The Author

17 thoughts on “Give away Template WordPress Premium Dari AzmanIshak.Com

  1. Muhamad Azman

    fuhuuu… terima kasih sebab join give away yang tak seberapa ni. tuan boleh pilih dari mana-mana StudioPress (genesis tapi bukan yang 3rd party iklan tu ye) atau woo themes. 1 themes yang tuan suka.. pilih je. Tak pe. jangan malu-malu.

    Nota: kalau pilih StudioPress (genesis) tuan akan dapat 2 themes Master themes (genesis framework) dan jugak 1 child themes.

    Reply
      1. Muhamad Azman

        baik… tadek masalah. boleh pergi ke LINK studiopress dan pilih mana2 themes yang berkenan. kemudian bagi taw saya. kecuali yang dilabelkan dgn 3rd party je tak boleh. sebab sya tadek lesen untuk 3rd party. yang lain saya ada lesen sah 😀

        Reply
  2. Pingback: Semangat Masih Ada | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *