Category Archives: Event

Permulaan Tahun 2011:Pendaftaran Tahun 1 Danial

Lama betul saya tidak update blog triplej ni. Ini adalah posting pertama saya untuk tahun 2011 ni. Banyak betul perkara-perkara yang perlu saya update kat sini tetapi telah ‘terbuang’ begitu saja.
Tahun 2011 saya bermula dengan pendaftaran kemasukan tahun 1 anak sulung saya Akmal Danial di Sek.Keb.Jeram Tekoh (SKJT) ,Gua Musang.
Pada asalnya saya telah mendaftarkan Danial untuk tahun 1 di Sek.Keb. Taman Bukit Tiram,Ulu Tiram,Johor, tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya telah memohon penukaran sekolah ke SKJT.
Tiada apa-apa masalah buat Danial kerana dia memang terlalu excited untuk memasuki alam persekolahan. Dengan diiringi semangat baru,baju baru,kasut baru,beg baru dan buku baru. Senang cerita serba baru lah. Keceriaan jelas terpancar pada wajah Danial. Suasana persekolahan yang baru, ditemani rakan-rakan lama semasa di sekolah tadika dulu dan juga rakan-rakan baru yang mungkin datang dari tempat lain-lain.
Pagi itu selepas siap sesi pendaftaran, Danial ditempatkan di kelas sementara 1 Bijak. Baru-baru ini saya ada telefon Danial dan dia beritahu yang dia dah pun ditempatkan di dalam kelas 1 Bestari untuk kelas tetapnya. 
Macam biasalah,Danial seorang yang agak pendiam cuma duduk di tempatnya tanpa berkata apa. Kemudian saya pergi ambil buku teks dan pergi beli buku tulis di koperasi sekolah.
Belum sampai tengahari cikgu telah memberi kebenaran untuk pulang ke rumah. Hari pertama di sekolah hanyalah untuk sesi pendaftaran dan pengambilan buku teks serta membeli buku tulis. Pembelajaran di dalam kelas belum lagi bermula.
Semasa pulang sempat lagi Danial berposting di depan pintu masuk sekolah. 

(821)

Happy Birthday to Me!

Hari ini genap 32 tahun umur saya.
Alhamdulillah…syukur kepada Allah S.W.T diatas kurniaNya dapat saya meneruskan kehidupan ini dengan baik serta sempurna.Tiada apa yang hendak diungkapkan di sini. Saya memohon kepada Allah S.W.T agar mengampunkan segala dosa saya kepada kedua ibu bapa saya,isteri saya,ahli keluarga saya serta sanak saudara dan rakan taulan. Kurniakan saya kesihatan tubuh badan yang baik dan peliharalah saya serta keluarga saya dari segala perkara-perkara mungkar dan kejadian yang tak diingini.

Semoga saya dan keluarga saya dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia.

Amin Ya Rabbal Alamin…

(429)