Selamat Hari Lahir ke-5 Tahun Puteri Kembarku

Pada tarikh dan hari yang sama 5 tahun lepas, XYL ku telah selamat melahirkan 2 orang cahaya mata kami. Kami telah memberikan nama kepada puteri kembar kami itu dengan nama Nur Dhia Danisha (kakak) dan Nur Adini Darwisya (adik). Perbezaan masa hanyalah 6 minit di antara kakak dan adik. Syukur Alhamdulillah, syukur kerana semuanya selamat walaupun kelahiran puteri kembar kami ini adalah di luar jangkaan kami.

Pada hari ini telah genap 5 tahun usia kedua-dua puteri kembar kami. Seronok sekali kerana dapat melihat keduanya membesar di depan mata kami sendiri. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sejak dari mula kelahiran sehinggalah ke hari ini. Pengalaman yang sungguh berharga yang mana tidak semua ibu bapa dapat memilikinya.

Continue reading

Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2

34 tahun Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2

Salam semua,

Hari ini genap umurku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Apa agaknya yang istimewa pada hari ulang tahun kelahiranku tahun ini? Tiada apa-apa yang istimewa rasanya. Cuma aku telah mengambil cuti sempena hari ulang tahun kelahiran aku ini. Kenapa? Nak celebrate dengan family ke? Huhu…

Takdalah, aku ambil cuti kerana hari ini aku telah ke Melaka untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE). Peperiksaan ini telah di adakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Aku pergi satu family sambil-sambil bawak XYL dan harmonics jalan-jalan.

Continue reading

Selamat Hari Lahir Buat Isteriku

kek harijadi Selamat Hari Lahir Buat Isteriku

Salam semua,

Hari ini adalah hari yang amat istimewa buat ku kerana telah genap 30 tahun usia isteriku. Kebiasaanya di dalam entri-entri aku yang lain, aku sebut XYL untuk isteri. Hari ini juga merupakan hari pertama isteriku memulakan kerja di tempat barunya.

Dikesempatan ini aku ingin lahirkan ucapan selamat menyambut hari lahir yang ke-30 buat isteriku, semoga sihat walafiat selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan gembira di tempat kerja yang baru. InsyaAllah…Amin…

Diharapkan bergembira pada hari bahagia ini..muah-muah icon smile Selamat Hari Lahir Buat Isteriku .

Hidangan hari jadi Selamat Hari Lahir Buat Isteriku

Antara hidangan yang berjaya disediakan pada hari kejadian

Hari Ulang Tahun Perkahwinan

wedding anniversary Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Salam Semua,

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah usia ikatan perkahwinan aku dan XYL yang ke 9 tahun.

Alhamdulillah segala kesenangan dan kesusahan dapat kami harungi bersama dengan penuh kesabaran.

Pengalaman banyak mengajar kami di dalam menempuhi hidup di alam rumah tangga. Pahit dan manis adalah lumrah di dalam kehidupan bekeluarga. Continue reading