DIY Tukar Door Handle Waja Tidak Berjaya

Petang semalam, setibanya saya di rumah dan parking jalopy kat bawah garaj, harmonic saya,Adik telah membukakan pintu jalopy dengan pantasnya. Biasalah,anak-anak kita amat exited bila tengok ayahnya balik.Kedengaran sesuatu bunyi yang amat luar biasa dari luar jalopy.Saya dah boleh agak apa yang sudah berlaku.Keluar saja dari jalopy,saya lihat door handle sudahpun patah dan jatuh di atas simen. Kelihatan wajah Adik sedikit pucat dek ketakutan kerana telah membuat satu kesalahan.Padahal door handle itu telah crack beberapa hari yang lalu dan cuma menunggu masa saja untuk patah sepenuhnya.

Berbalik kepada door handle jalopy saya yang patah itu,tengahari tadi saya telahpun membeli door handle yang baru di kedai spare part Puteri Wangsa.Harganya cuma RM25.00 dan sudah siap spray color mengikut color jalopy saya.Rasanya harga itu sudah cukup murah sebab door handle itu tidak perlu dispray lagi.

Pulang dari kerja petang tadi,saya terus memulakan kerja untuk DIY (do it yourself) menukar door handle.Pada mulanya saya terlalu confident dapat membuatnya tanpa sebarang masalah setelah membaca cara-cara untuk menukar door handle di dalam satu forum kelab kereta waja. Tetapi setelah setengah jam berlalu,saya masih tidak berjaya untuk mengeluarkan door handle yang patah itu.Akhir sekali memandangkan hari dahpun mula gelap,saya buat keputusan untuk memasang door handle itu di kedai aksesori kereta sahaja selepas solat Isyak.

Apabila sampai di kedai aksesori kereta di Puteri Wangsa, pekerja kedai itu mengambil masa tidak sampai 5 minit pun untuk menukarkan door handle yang patah itu.Rupa-rupanya saya tertinggal satu step semasa hendak menanggalkan door handle.Sebab tulah door handle tidak dapat ditanggalkan.Ha ha ha…akhirnya hari ini saya sudah tidak berjaya untuk DIY tukar door handle.Jika tidak dapatlah saya save RM5 hari ini.

Moral of the story:Tidak semua perkara kita boleh buat sendiri jika tiada pengalaman serta keyakinan yang kuat.

(5888)

About The Author

4 thoughts on “DIY Tukar Door Handle Waja Tidak Berjaya

  1. Pingback: DIY Smoked Head Lamp | muhamadyusri dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *