DIY Smoked Head Lamp

Salam semua,

Sebenarnya dah lama aku buat projek DIY ni pada jalopy bernadi 4G18P ku. Kalau tak silap aku pada tahun 2008 selepas 3 tahun aku beli jalopy ni. Tapi baru sekarang aku berkerajinan untuk menjadikannya sebagai satu entry kat blog picisan ni. Sebelum ini aku pernah post kat salah satu forum kelab kereta termasyur di tanahir. Walaupun projek ini tidak sehebat PROJEK yang sedang dilakukan oleh rakan blogger INI, namun bagi aku ianya amat memuaskan hati aku. Continue reading

Tips Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Downlight

Bulb Head Tips Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Downlight

Kepala Downlight

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Peribahasa di atas langsung tiada kena-mengena dengan tajuk entri kali ini. Malah aku juga tidak akan menjelaskan dengan lebih lanjut apakah maksud peribahasa itu.

Di dalam entri yang lepas, aku ada menyatakan yang aku akan berkongsi tentang tip bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat downlight (lifespam) yang kita pasang. Sebenarnya tip ini simple saja, iaitu semudah 1,2,3 atau ‘kacang’ je orang kata. Continue reading

DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012

plants DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012

Salam Hari Merdeka yang ke 55 tahun buat semua warga Malaysia amnya dan pembaca/pengikut MY dot com khususnya. Apa agaknya korang buat pada hari cuti umum begini? Pergi sambut hari merdeka gak ker?

Aku pada sebelah pagi tadi ada bercucuk tanam sedikit kat laman depan rumah aku yang sekangkang kera tu. Pada sebelah petangnya pulak aku berDIY menukar downlight yang sudah rosak agak lama jugaklah. Continue reading