DIY Smoked Head Lamp

As Salam semua,

Sebenarnya dah lama aku buat projek DIY ni pada jalopy bernadi 4G18P ku. Kalau tak silap aku pada tahun 2008 selepas 3 tahun aku beli jalopy ni. Tapi baru sekarang aku berkerajinan untuk menjadikannya sebagai satu entry kat blog picisan ni. Sebelum ini aku pernah post kat salah satu forum kelab kereta termasyur di tanahir. Walaupun projek ini tidak sehebat PROJEK yang sedang dilakukan oleh rakan blogger INI, namun bagi aku ianya amat memuaskan hati aku.

Perkongsian info ini bukanlah berniat untuk menunjukkan kepandaian aku di dalam bidang DIY ni, tetapi untuk berkongsi kepuasan dalam diri aku setiap kali melaksanakan apa-apa projek DIY. Semoga sedikit-sebanyak dapat dijadikan panduan buat mereka yang tercari-cari maklumat tentang cara untuk membuat sendiri penggelapan lampu depan kereta waja (DIY smoked waja head lamp).

Peralatan/perkakasan/bahan-bahan:

i) Spana (saiz 10)
ii) Screw driver (+ & -)
iii) Hair dryer
iv) Kertas pasir (saiz 2000)
v) Aerosol Spray Paint (flat black)

Berikut adalah langkah-langkah/cara kerja untuk projek DIY ini:

1) Tanggalkan front grill dengan menggunakan screw driver jenis philip (+). Terdapat 5 biji skru plastik yang harus dibuka pada front grill. Kemudian sepasang head lamp sudah boleh dibuka dengan menggunakan spana (socket/ring) bersaiz 10. Terdapat 4 biji bolt yang perlu dibuka pada setiap head lamp.

grill & headlamp removed

Dismantle grill & headlamp

2) Tanggalkan klip (berwarna gangsa) yang terdapat di sekeliling head lamp dengan menggunakan screw driver jenis flat (-). Terdapat 4 biji klip pada setiap head lamp. Sediakan hair dryer and screw driver jenis flat (-).

screws_bolts & clips

hair dryer

3) Hidupkan hair dryer dan halakan pada bahagian tepi head lamp dan apabila sudah agak panas sedikit, buka/umpil cermin head lamp dengan menggunakan screw driver. (Jika tiada hair dryer, jemur head lamp di bawah cahaya matahari yang betul-betul panas terik.)

glass separated from headlamp

4) Setelah cermin head lamp dibuka, keluarkan bahagian di dalam head lamp yang berwarna chrome itu.

chrome part

5) Gunakan kertas pasir yang halus (saiz 2000 pun boleh) untuk menghilangkan warna chrome itu tadi.

Rub with sand paper

6) Setelah semua warna chrome telah hilang, basuh dengan air dan lap dengan kain. Kemudian biarkan ianya kering.

let it dry

7) Setelah betul-betul kering, semburkan dengan warna hitam. Seeloknya pilih warna flat black. Jika tiada, hitam metalik pun boleh jugak.

Flat black sprayed

8) Apabila cat sudah kering, pasang semula bahagian di dalam head lamp dan juga cermin luar. Pasang klip yang berwarna gangsa pada keliling head lamp.

reassemble the glass

9) Pasang head lamp dan front grill pada kereta…hasilnya adalah seperti di bawah.

job accomplished

Memang dekat kedai aksesori pun ada jual set head lamp yang ready made smoked, tetapi bagi aku lebih prefer untuk DIY sebab di samping kosnya murah, malah memberikan kepuasan di dalam diri.

Selamat berDIY bagi mereka yang ingin mencuba. Semoga berjaya dan kalian berpuas hati dengan perkongsian ini. Jika ada kemusykilan atau rasa lain macam dengan projek ni, silalah berikan komen kalian.

(18261)

51 thoughts on “DIY Smoked Head Lamp

    1. muhamad yusri Post author

      masa pasang balik, silikon tu pun akan melekat balik. dah 5 tahun buat dan dah 2 kali pun bukak lampu tu,so far ok jer…tak masuk air pun…
      jika nak letak/tambah silikon lagi pun boleh gak…

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      zame mudo dulu berehi mekap keto…loni dok caro lah mano…asal buleh jale jah…hehe…
      demo nok ko nombor plet keto kawe tu?kawe ado sipe lagi hok dulu…tapi ado pecoh sikit lah pape dio…dok ingat tepoh gapo doh…demo nok ko?hahaha
      Comel ko header tu?demo ore ke-2 royak gitu…ore pertamo kawe…hahaha.terimo kasih banyok boh…

      Reply
  1. Pingback: DIY Pasang Tail Lamp | muhamadyusri dot com

  2. syahmi

    nice bro. nnt boleh cuba. DIY ni dapat jimat sgt duit. tambah tambah student mcm aku. Bajet sgt terhad.
    btw, nk tanya kalau da bukak tu silicon ada jual kat mana eh ? takut masuk air je

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      thanks bro. betul tu memang jimat dan boleh membuatkan hati kita puas dgn kreativiti kita sendiri.huhu
      sebenarnya kalau tak nak letak silikon pun takpe selagi silikon yg asal masih ada cermin lampu tu.tapi jika nak letak juga pun bole…silikon tu bole dapat kat mana-mana kedai hardware atau sparepart kete.
      good luck bro…slmt berDIY…hehe

      Reply
  3. adam

    aslmkm brader yusri..

    bila dah spray base tu color hitam..bila malam on headlamp kereta, cahaya sama terang atau kurang terang dari sebelum spray

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge