DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012

Salam Hari Merdeka yang ke 55 tahun buat semua warga Malaysia amnya dan pembaca/pengikut MY dot com khususnya. Apa agaknya korang buat pada hari cuti umum begini? Pergi sambut hari merdeka gak ker?

Aku pada sebelah pagi tadi ada bercucuk tanam sedikit kat laman depan rumah aku yang sekangkang kera tu. Pada sebelah petangnya pulak aku berDIY menukar downlight yang sudah rosak agak lama jugaklah. Bukan malas nak buat tapi sebenarnya tak berapa rajin nak pergi kedai lampu beli downlight baru, angkat tangga dan panjat tangga. Hahaha…padahal itu semua alasan. Dah buat sekejap jer siap.

Hari ni aku berjaya menukar kesemua downlight yang rosak. Jumlah keseluruhan ada 7 biji. 6 biji di ruang tamu dan 1 biji dalam master bedroom.

Bukan susah pun nak tukar downlight tu. Tanggalkan yang lama dan gantikan dengan yang baru. Tetapi semasa nak pasang downlight baru tu, aku ada satu tip nak kongsi bagi memanjangkan jangka hayat downlight. Kalau korang nak tahu bacalah sampai habis entri ni 🙂 .

Kata orang, sambil menyelam minum air, tapi aku tak galakkan korang buat macam tu. Takut ada jugak yang tak timbul-timbul nanti 🙂 . Alang-alang dah panjat tangga tukar downlight tu, aku pun sekali harung je lah servis kipas siling yang dah tak nampak rupa kipas dah. Bukannya buat top overhaul pun, cuma bersihkan blade yang berhabuk setebal 5 inchi. Piston tak usik pun :-).

Agak-agak berapa lama tak buang habuk ni?

Ada 2 biji kipas siling di ruang tamu aku. Jadi kedua-duanya sekali aku servis. kerja ni aku cuma buat 2 kali jer setahun maksimum. Kalau minimum sekali jer lah.

Jadi hari ni aku berjaya berDIY dua perkara:

1) Tukar downlight
2) Servis kipas siling

Bersinar-sinar downlightku

Orang lain buat benda-benda tu sebelum hari raya, aku pulak buat musim raya. Sebut pasal raya ni, tadi masa aku tengah duk ralek (leka) cuci kipas, ada bebudak datang beraya. Kat sini biasalah kalau hari minggu, selagi bulan Syawal tak habis selagi tu lah pintu pagar akan digoncang oleh bebudak (mak bapak budak pun ada jugak) yang datang nak beraya. Jadi layanlah kejap bebudak tu dengan tangga berada kat tengah-tengah ruang tamu. Aku memang dah standby air botol dan kerepek in case kalau ada orang yang terjah datang beraya kat rumah aku.

Dan yang paling penting benda kat bawah ni pun kena standby gak :-). Duit raya…bebudak kalau tak makan kuih raya pun tak pe asalkan dapat duit raya. Masing-masing ada target nak kumpul duit raya sampai berapa ringgit. Dalam kepala dah ada plan nak beli macam-macam. Nak beli handphone, kasut, baju, ipad, tablet dan macam-macam lagi lah.

Selagi raya belum habis,duit raya kena standby je...

Apa-apa pun biarlah mereka dengan cara mereka asalkan mereka bahagia.

MY said: Tips untuk memanjangkan jangka hayat downlight akan aku kongsikan dalam entri yang akan datang. Jadi tungguuuu… 🙂 .Jangan mare…

(4179)

About The Author

20 thoughts on “DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012

    1. muhamad yusri Post author

      Patut pun…cowok yang tukar.lampu kalimantang lagi leceh…high power consumption plak tuh…downlight watt rendah.below than 20 watt dah cukup terang.Kalimantang normally 40 watt.

      Reply
      1. hafizmd

        oklah tuh…ambe kena buang sebulan sekali, paling malas pun dua bulan sekali…

        pokok makin byk kena tebang, habukpun jadi makin byk yg berebut nak masuk rumah =)

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *