Salam Hari Merdeka yang ke 55 tahun buat semua warga Malaysia amnya dan pembaca/pengikut MY dot com khususnya. Apa agaknya korang buat pada hari cuti umum begini? Pergi sambut hari merdeka gak ker?
Aku pada sebelah pagi tadi ada bercucuk tanam sedikit kat laman depan rumah aku yang sekangkang kera tu. Pada sebelah petangnya pulak aku berDIY menukar downlight yang sudah rosak agak lama jugaklah. Bukan malas nak buat tapi sebenarnya tak berapa rajin nak pergi kedai lampu beli downlight baru, angkat tangga dan panjat tangga. Hahaha…padahal itu semua alasan. Dah buat sekejap jer siap.
Hari ni aku berjaya menukar kesemua downlight yang rosak. Jumlah keseluruhan ada 7 biji. 6 biji di ruang tamu dan 1 biji dalam master bedroom.
Bukan susah pun nak tukar downlight tu. Tanggalkan yang lama dan gantikan dengan yang baru. Tetapi semasa nak pasang downlight baru tu, aku ada satu tip nak kongsi bagi memanjangkan jangka hayat downlight. Kalau korang nak tahu bacalah sampai habis entri ni 🙂 .
Kata orang, sambil menyelam minum air, tapi aku tak galakkan korang buat macam tu. Takut ada jugak yang tak timbul-timbul nanti 🙂 . Alang-alang dah panjat tangga tukar downlight tu, aku pun sekali harung je lah servis kipas siling yang dah tak nampak rupa kipas dah. Bukannya buat top overhaul pun, cuma bersihkan blade yang berhabuk setebal 5 inchi. Piston tak usik pun :-).
Ada 2 biji kipas siling di ruang tamu aku. Jadi kedua-duanya sekali aku servis. kerja ni aku cuma buat 2 kali jer setahun maksimum. Kalau minimum sekali jer lah.
Jadi hari ni aku berjaya berDIY dua perkara:
1) Tukar downlight
2) Servis kipas siling
Orang lain buat benda-benda tu sebelum hari raya, aku pulak buat musim raya. Sebut pasal raya ni, tadi masa aku tengah duk ralek (leka) cuci kipas, ada bebudak datang beraya. Kat sini biasalah kalau hari minggu, selagi bulan Syawal tak habis selagi tu lah pintu pagar akan digoncang oleh bebudak (mak bapak budak pun ada jugak) yang datang nak beraya. Jadi layanlah kejap bebudak tu dengan tangga berada kat tengah-tengah ruang tamu. Aku memang dah standby air botol dan kerepek in case kalau ada orang yang terjah datang beraya kat rumah aku.
Dan yang paling penting benda kat bawah ni pun kena standby gak :-). Duit raya…bebudak kalau tak makan kuih raya pun tak pe asalkan dapat duit raya. Masing-masing ada target nak kumpul duit raya sampai berapa ringgit. Dalam kepala dah ada plan nak beli macam-macam. Nak beli handphone, kasut, baju, ipad, tablet dan macam-macam lagi lah.
Apa-apa pun biarlah mereka dengan cara mereka asalkan mereka bahagia.
MY said: Tips untuk memanjangkan jangka hayat downlight akan aku kongsikan dalam entri yang akan datang. Jadi tungguuuu… 🙂 .Jangan mare…
(4179)
Lain-lain Entri Yang Juga Menarik:
umah sy pun byk ni downlight yg nak kena tukar..akhir2 ni byr lak yg rosak..wiring dah lama kot..huhu
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..1st Giveaways BudakFelda.Com : Blogger Baru Yang Hebat
kalau tukar baru pastu rosak gak mungkin ada masalah dengan wiring. tapi nanti saya nak share tip masa nak tukar downlight…tak tahu bila nak tulis entri tu…hehe
muhamad yusri recently posted..DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012
Semangat ambe baca…sekali kena tunggu sampai hbis..hehe
Takpe2, kita tunggu next entri =)
hafizmd recently posted..E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
hehe…nati ada mase ambe tulis entri tu…dok dang le nih boh…bahang bizi macang…
muhamad yusri recently posted..Fuel Pump Buat Hal
rumah akak pakai lampu kalimantang semua, so senang nak tukar, agaknya lah sebab akak tak pernah tukar, cowok yang selalu tukar 😀
Patut pun…cowok yang tukar.lampu kalimantang lagi leceh…high power consumption plak tuh…downlight watt rendah.below than 20 watt dah cukup terang.Kalimantang normally 40 watt.
muhamad yusri recently posted..DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012
itulah….ambe ingat nak kasi tukar jugak lampu2 pjg kat rumah ambe ni…makan letrik jer…hoooo
hafizmd recently posted..Siri 5:Seloka Budi dan Ubi
memang masenya doh tu keno tukor…jimat current skit…
Sekarang dah makin kurang dah rumah yang bagi duit raya dekat budak-budak. Berdasarkan penceritaan dari budak-budak lah. Hehe.
Fadzmie recently posted..Senarai kedai yang menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)
Oh ye ker…kalu kat Johor ni tengok pemberian duit raya masih meriah lagi…
muhamad yusri recently posted..DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012
hebat! boleh ganti Eric Leong cam ni….
DLSLPhotography recently posted..My LEGOLAND
tak cukup hebat macam dia lagi bro…huhuhu
muhamad yusri recently posted..DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012
rmah msih pkai lampu kalimantan lagi hehe
lewisdotmy recently posted..Amazon Kindle Fire 2 | Persaingan Tablet Saiz Kecil 7 Inci
slow-slow dah boleh transform tu bro…
muhamad yusri recently posted..DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012
Hahaha..selamat la rumah mcm ni..untung ada suami mithali ni..emm habuk tu mungkin dah bertahun tak buang. haha
Hafizul recently posted..Pageviews Meningkat Kerana Replytocom
2 kali setahun jah boh buang habuk tu…huhu
muhamad yusri recently posted..Fuel Pump Buat Hal
oklah tuh…ambe kena buang sebulan sekali, paling malas pun dua bulan sekali…
pokok makin byk kena tebang, habukpun jadi makin byk yg berebut nak masuk rumah =)
owoh…deme duk mane nih sebenornya?dengan pokok-pokok sekali ni…huhu
Tak tukar lampu energy saver ini jenis LED?
akubiomed recently posted..DIY Proton Gen2 Power Window Regulator
belum lagi bro…ada bajet lebih nak tukar gak LED type tu…
muhamad yusri recently posted..DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012