Bermula tepat jam 12.00 tengah malam hari ini (10 Julai 2011),kadar bayaran tol Desaru-Senai Expressway (SDE) atau lebuhraya E22 untuk kereta adalah seperti di bawah:
Dari tol Senai ke tol Penawar (Desaru) adalah RM11.20.
Dari tol Tiram ke tol Penawar (Desaru) adalah RM8.20.
Dari tol Cahaya Baru (Pasir Gudang) ke tol Penawar (Desaru) adalah RM5.90.
Jika dari Senai ke Tiram, bayaran tol masih lagi seperti dahulu iaitu RM3.70.Dan jika dari Tiram ke Cahaya Baru (Pasir Gudang) bayaran tol juga masih sama iaitu RM4.70.
Jarak perjalanan dan masa kini lebih dekat dan pantas apabila menggunakan laluan SDE ini. Jika anda hendak ke Pasir Gudang atau Kota Tinggi, ini adalah laluan alternatif untuk menghindarkan dari kesesakan lalu lintas yang teruk terutama pada hari cuti umum dan musim perayaan.Anda juga boleh melihat dan merasai pengalaman melalui jambatan Sungai Johor yang tersergam indah dan menjadi mercu tanda baru negeri Johor Darul Takzim.
(6162)
About The Author
Pingback: Prediksi Angka Jitu Hari Ini