Saya Suka Pulut Durian

Durian adalah Raja kepada segala buah.Kenapa dia adalah Raja?Siapa yang menabalkannya menjadi Raja?Rasanya persoalan itu tidak perlu untuk dijawab.Apa yang paling penting adalah kenikmatan semasa makan buah itu.

Ada orang sungguh alergik dengan baunya yang sungguh harum itu.Apatah lagi untuk memakannya.Apa-apa pun buah durian memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.Kehadiran musim buah ini amat dinanti-nantikan oleh penggemar dan peniaga.

Petang tadi saya sempat pergi ke S’mart Pandan untuk membeli beberapa biji buah durian.Sudah agak lama juga tidak makan buah durian ni.Saya cadangkan kepada XYL saya untuk buat pulut durian sebagai jamuan makan malam hari ini.Kecur air liur ni bila sebut pulut durian.Memang favourite saya ni sejak dari dulu lagi.Tidak seronok jika makan durian dengan begitu sahaja tanpa nasi pulut.

Bagi kami orang pantai timur,pulut durian memang sungguh tersohor terutama pada musim buah durian.Isi durian dimakan bersama nasi pulut,dicampur dengan santan kelapa segar dan sedikit gula merah atau ‘nisse’ dalam loghat Kelantan.Digaul semuanya kemudian makan.Memang sedap dan terbaik!

Resipi Pulut Durian:

  1. Buah durian
  2. Nasi Pulut
  3. Santan Segar
  4. Garam
  5. Gula merah / gula pasir

 

(1144)

About The Author

4 thoughts on “Saya Suka Pulut Durian

  1. Pingback: Wahhh Syok Nya Dapat Makan Pulut Durian | Pondok Kecil

  2. Pingback: Top Komen Julai – Review Blog Juara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *