Marshall atau Marshal?

Marshall atau Marshal?

Apesal tiba-tiba persoalan ini yang keluar sebagai entri kat blog yang dah bersarang hampir sebulan lamanya? Macam dah takde benda lain yang hendak dipersoalkan lagi.Ha ha.
Apa-apa pun, ini blog aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun.
Domain aku yang bayar tiap-tiap tahun.
Hosting pun bukan jiran aku yang setelkan apabila nak sampai expiry date.

spider web

Marshall pada aku adalah satu jenama yang memang tidak asing lagi untuk produk sound sytem dan juga sound amplification. Ianya amat sinonim dengan gitar elektrik. Jadi apa yang aku tahu tentang Marshall adalah ianya satu peralatan yang sangat popular untuk peminat serta penggemar kepada gitar elektrik. Biasa orang sebut gitar current. Kalau bercerita tentang gitar ni pasti tidak sah kalau tak sebut nama-nama pemain gitar kegemaran aku sama ada di dalam mahupun luar negara.

marshall amplification

Jika dalam negara, aku amat meminati pemain gitar kumpulan Cromok iaitu Din (arwah) dan Karl. Sentuhan gitar mereka memang berhantu. Kalau tak percaya kalian boleh cuba dengar lagu Another You dan I Don’t Belong Here. Dah dengar baru kalian tahu bahawa orang Melayu pun terror main gitar. Manakala jika luar negara pulak, aku meminati pemain gitar kumpulan Metallica iaitu Kirk Hammet. Lagu-lagu Metallica ni tak payah nak sebut lah sebab aku tahu semua orang pasti tahu punya. Kalau kalian tak tahu pandai-pandailah cari kat google.

Alamak! Dah melalut sampai kepada pemain gitar lah pulak. Ok, kembali semula kepada tajuk entri kali ini iaitu Marshall atau Marshal? Nanti kalian akan tahu jugak kenapa aku mempersoalkan benda ni. Jadi follow sampai habis yer!

Marshal pulak apa benda? Jika cari dekat google, pasti akan jumpa tentang Marshal ni. Marshal adalah satu peringkat yang tertinggi dalam Pegawai Tentera di negara-negara tertentu. Paling popular aku rasa adalah US Marshal. Banyak betul aku tengok gambar-gambar kat google images.

US Marshal badge

Marshal pada pengetahuan aku pula ialah biro atau jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai dan mengiringi sesebuah kumpulan konvoi di jalan raya, tetapi bukannya berlagak seperti polis trafik yang boleh memberhentikan serta mengambil tindakan undang-undang ke atas pengguna jalan raya yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan lalu-lintas. Marshal memang sangat penting untuk memastikan kelancaran perjalanan dan keselamatan sesebuah konvoi. Secara asasnya Marshal untuk konvoi kenderaan terbahagi kepada 10 bahagian seperti di bawah:

1. ZERO Marshal
2. CONTROL Marshal
3. KONVOI Marshal
4. SWEEPER / HOT CAR Marshal
5. TEAM LEADER Marshal
6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
7. Kereta Peserta
8. BACK MARKER Marshal
9. MEDIK Marshal
10. MEKANIK Marshal

Aku tak nak menyentuh satu persatu definisi setiap Marshal tu kerana aku cuma nak kalian tahu perbezaan antara Marshall dan Marshal yang cuba aku nyatakan di sini. Kalian pasti berkata, apasal lah nak kena tahu benda ni? Apa faedahnya? Pada aku penting jugak sebab aku perhatikan banyak kereta yang menampal sticker “MARSHALL” pada cermin kereta. Aku percaya mereka adalah salah seorang Marshal untuk konvoi kelab kereta yang mereka sertai. Pasti mereka tidak menyedari akan kesilapan ejaan Marshal itu. Pada aku jika mereka tidak memperbetulkan ejaan itu, secara tidak langsung mereka telah mempopularkan lagi jenama Marshall serta menjadi ejen pengiklanan kepada produk-produk Marshall secara PERCUMA tanpa mereka sedari.

marshall on jalopy

Sumber:google images

MY said: Teringin jugak nak jadi Marshal… 🙂

Pssst!!Cara nak buat duit mudah,sila klik DI SINI

(4386)

About The Author

28 thoughts on “Marshall atau Marshal?

  1. Hafizul

    Emm pernah nampak gak la orang tampal sticker tu kat kereta..ingatkan suka suki jer..rupanya ada makna yer..ke kereta demo ada gak sticker nih???wahhh jiwa rock demo dih..hahaha

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      haha dok tahu bile lagi tu…
      Marshal memang perlu menggunakan perhubungan radio di dalam sesuatu konvoi. Jika ada radio amatur menjadi satu advantagelah kepada seseorang marshal tu.

      Reply

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *