Statistik Blog Terkini

lazy

Berkurun lamanya tak update blog.Malas…Penyakit yang memang tiada ubatnya.Apa nak buat kalau dah malaskan? Blog sendiri pun tak singgah apatah lagi nak buat blogwalking blog-blog orang lain. Jutaan kemaafanlah buat rakan-rakan blogger jika aku dah lama tak singgah kat blog korang. Aku pun duk fikir-fikir gak,apasal lah aku malas sangat nak online sekarang ni. Adakah sebab kesibukan kerja? Nak kata sibuk memang sentiasa sibuklah dengan kerja dan tiada kesudahannya.

Hari ini aku gagahkan diri untuk buat satu post kat blog ni setelah empat bulan bertapa. Alexa tak payah nak ceritalah kat sini. Last number lebih kurang 700K, tapi kini dah cecah 7 Juta. Cantik kan? Ha ha…

Betapa lamanya aku tak login sampai terlupa URL yang kena taip kat belakang address blog.Ha ha…nasib baik pakcik google dapat membantu. Dah lama tak menaip post ni rasa macam janggal pulak. HTML code pun dah ingat-ingat lupa. Belasah jelah yang mana boleh. Terfikir pulak nak buat cerita apa ye? Idea tengah kering. Ketika duk tengah godeh-godeh kat Dashboard,nampak banyak notification mintak update ke latest version wordpress dan plugins.

Try check statistik blog, memang sadis yang amat. Tak sampai 1K pun visitor yang singgah kat blog ni dalam 1 hari. Memang patut pun sebab bukannya ada apa-apa kat dalam blog ni. Sape suruh malas sangat update blog.Ha ha. Korang tengok lah statistik kat bawah ni:

Statistic muhamadyusri.com 210913

Lepas ni nak cuba rajin-rajinkan diri update blog selalu. Takpe azam dulu,buat tak buat belakang kira. Nak tengok ada improvement tak statistik dan Alexa blog ni. Kalau cantik peningkatannya barulah bertambah semangat nak berblogging.

Apa pendapat korang?

Adios,73.

(1294)

16 thoughts on “Statistik Blog Terkini

  1. Mazni Azmi

    Assalamu’alaikum tuan,

    Tahniah, semua kejayaan bermula dari bawah. Kalau tiada keberanian untuk memulakan langkah pertama. Gunung yang paling tinggi pun takkan berjaya ditawan.

    Insyaallah lama lama makin tinggilah trafik blog tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge