Terima Cek Bayaran Balik Cukai Pendapatan Dari LHDNM

Sampai sahaja di rumah apabila pulang dari kerja petang tadi, XYL saya terus terjah peti surat. Ada sekeping surat yang tertulis ‘URUSAN SERI PADUKA BAGINDA’ pada bahagian atas sampul surat. Saya dapat mengagak yang surat ini pasti dari jabatan kerajaan.Sangkaan saya tepat sekali kerana surat ini adalah dari Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang mengandungi sekeping cek CIMB atas nama saya sendiri.

Rupa-rupanya ini adalah cek bayaran balik cukai bagi tahun taksiran 2010 yang mana saya telah mengisytiharkan pendapatan melalui e-FILING LHDNM pada bulan April 2011 yang lalu.Walaupun ini adalah pertama kali saya menghantar taksiran cukai pendapatan (e-BE) dan juga pada saat-saat akhir iaitu pada 30 April 2011 jam 11:37:16 pm, namun semuanya berjalan lancar.Tarikh tutup penghantaran e-BE bagi tahun 2010 adalah 30 April 2011 sebelum pukul 12:00 tengah malam. Nasib saya sungguh baik kerana line internet pada malam itu sangat baik dan penghantaran e-BE saya selamat diterima dan disahkan.

Bayaran balik cukai pendapatan ini adalah bersamaan dengan cukai terlebih bayar yang kita telah isytiharkan semasa mengisi e-FILING. Walaupun jumlahnya tidak seberapa tetapi ianya tetap pendapatan kita hasil dari titik peluh kita sendiri.

Kesimpulannya adalah isytiharkanlah pendapatan anda pada setiap tahun kerana dari situ kita sendiri dapat membuat analisa pendapatan serta perbelanjaan kita pada tahun tersebut. Jika perkiraan cukai berpihak kepada kita,maka kita akan mendapat bayaran balik seperti mana yang kita isytiharkan. Disamping kita menjalankan kewajipan kita sebagai warganegara Malaysia.

 

(1541)

About The Author

1 thought on “Terima Cek Bayaran Balik Cukai Pendapatan Dari LHDNM

  1. Pingback: e-Filing:Mudah,Tepat dan Selamat | muhamadyusri dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *