Hari ini genap 8 tahun usia perkahwinan saya dengan XYL tercinta saya.Sepanjang tempoh ini,bermacam-macam dugaan dan pengalaman pahit-manis diharungi bersama.
Harmonics kami kini masih lagi 3 orang dan kian membesar.Seronok sekali melihat telatah mereka seharian. Anugerah Allah S.W.T ini sungguh tidak ternilai buat kami bersama.
Anak sulong saya, Akmal Danial kini berusia 7 tahun dan sedang bersekolah dalam darjah 1.
Puteri kembar kami,Nur Dhia Danisha dan Nur Adini Darwisya kini berusia 3 tahun 5 bulan.
Malam ini, sebiji kek menjadi tanda mengingati tarikh keramat 19hb Julai 2003 hari dimana kami diijabkabulkan. Semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.InsyaAllah…Amin.
(602)
About The Author