Cromok Live Concert 2012 Review

 

Photo credit to Zul Azamil

Cromok. Salah satu band underground tanahair yang aku minati. Walaupun konsert live ini aku tidak pergi menyaksikannya sendiri namun amat terasa sekali kehebatannya. Maklumlah penantian yang sekian lama untuk menyaksikan Cromok perform di pentas dengan line up asal, Karl,Miji dan Sam.

Untuk entri ini, aku akan kongsikan review yang telah diberikan oleh sahabatku melalui emel setelah beliau sendiri yang menyaksikan kosert itu tempoh hari.

      “8 tahun lepas semasa aku pergi ke konsert Rock The World V semata-mata nak tengok Cromok perform sebagai last band. Itu pada tahun 2004, tahun ke dua semasa berada di U. Rock The World masa tu meriah jugak, antara band yang perform adalah Butterfingers, Subculture, The Official & Roots & Boots. Cromok pada masa tu perform 3 piece, Sam, Miji & Edrie Hasyim sebagai guitarist. Walaupun Cromok main cuma 2 lagu dan kedua-duanya adalah lagu baru, masa tu memang happy sangat dah sebab first time tengok Cromok live. 

       2012 – Cromok reunion degan kembalinya guitarist asal, Karl. Venue konsert di KL Live sebelah Hard Rock Cafe KL. Tahun 1992 diorang pernah perform live di tempat yang sama. Orang memang ramai gile…Opening band Nuclear Strikes (kot..sebab aku miss band ni), Langsuyr & Metalasia. Cromok start lebih kurang pukul 6pm..opening song adalah The Ulek (ulek mayang) + Memories. Apa yang buat jadi teruja sebab Miji masih lagi boleh maintain step drum dengan perfect termasuk continuous double paddle huhu. Selain tu sebab fitness diorang ni mantap lagi, lebih kurang 10  buah lagu dipersembahkan. Berhenti cuma  sekejap  saja.Dalam pukul 9pm konsert sudah habis. Lagu boleh dikatakan cover kesemua album tapi mostly lagu-lagu lama yang hit macam Misty, Memories, Obsessed, Journey… 

        Dipendekkan cerita, memang sangat puas hati kot..penantian 15 tahun berakhir jua hehe. Sekarang dalam youtube dah ramai yang upload video tapi Karl dah issue benda ni sebagai spam. Ada fan yang dah delete video dari youtube, ada yang video tu tak boleh view dah. Karl tulis dalam FB dia, mengharapkan fan tidak upload video konsert dalam youtube. Kalau yang rakam video pada petang tu untuk personal koleksi tidak mengapa. Sebab nanti akan spoil market untuk dvd yg akan dikeluarkan oleh organizer. Dia (Karl) kata fan kena faham…kalau organizer tak boleh cover cost buat konsert, kemungkinan pada masa akan datang tiada lagi organizer nak buat heavy metal konsert. Semua orang pun akan affected dan rugi. Memang betul dan aku tengok dalam fb fan yg upload memang sporting…siap mintak maaf dan delete video-video tu. Huhu bagus-bagus. 

         Base kepada bilangan penonton yang pergi konsert hari tu, aku rasa Cromok mampu untuk buat konsert lebih besar macam dekat Stadium Negara. Fan akan datang. Even Chinese, indian dan mat Salleh pun ada yang pergi pada petang tu. Terbaik lah untuk band yang kurang liputan media tapi dapat sambutan sebegini hehe. Proud with Cromok!”

Itulah serba sedikit review dari seorang peminat tegar Cromok dan juga merupakan sahabatku. Jika anda juga ada pengalaman untuk dikongsikan berkenaan konsert Cromok Live 2012 ni, silalah coretkan pada bahagian komen.

Long Live Cromok!

 

(1536)

About The Author

7 thoughts on “Cromok Live Concert 2012 Review

    1. muhamad yusri Post author

      minat jugok…dulu follow gok…loni kure doh…tapi lagu-lagu dio kawe laye lagi…bagi kawe lagu dio sedap didengar…melodi dio unik…demo denga jugok ko?

      Reply
      1. Hafizul

        dulu jah kawe dgr..loni tak dgr doh..lagu-lagu jadi kure doh..sebab duk laye radio jah..lagu hok tubik radio tu la kawe layenyo..hahaha..

        Reply
  1. Pingback: Marshall atau Marshal | muhamadyusri dot com

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *