Salam Semua,
Pagi ni tergerak hati nak tulis pasal issue yang paling hot pada ketika ini iaitu tentang harga bidaan tertinggi untuk plet nombor kenderaan dalam sejarah Malaysia. Ya, WWW1 telah berjaya dimiliki oleh Sultan Johor dengan nilai bidaan RM520K. Sejurus lepas tu bermacam-macam issue keluar dan dari pengamatan aku iannya lebih ke arah issue politik.
Apa-apa pun Sultan Johor pasti ada sebab tertentu kenapa Tuanku memilih untuk membeli WWW1. Semalam dalam berita perdana di TV juga ada menunjukkan di mana plet nombor WWW1 ini akan didaftarkan oleh Tuanku.
Bukannya kereta Ferrari ataupun Lamborghini. Tetapi ianya adalah Proton Satria Neo berwarna oren. Nyata jiwa nasionalisme terpahat dalam diri Tuanku.
Semua orang ingin memiliki nombor kegemaran masing-masing untuk didaftarkan pada kenderaan persendirian mahupun syarikat. Pada mereka yang berjaya memilikinya pasti kepuasan tak terkata dalam diri. Anda ada nombor kegemaran? Aku pulak terima seadanya nombor apa-apa pun. Apa ada pada nombor….
(1411)
Lain-lain Entri Yang Juga Menarik:
Kita tk de duit , benda tu jd tk de makna , sultan mungkin terlalu byk duit , nak beli nombor mahal mcm beli selipar aje .. so dia boleh beli ..
puanbee recently posted..Char Kuey Teaw Sedap Sungai Buloh Layan Beb !!!
betul tu…kita dahulukan apa yang perlu…usah mengikut hawa nafsu…
kalau orang biasa macam kita tak fikir sangat tentang no,no nie janji dapat beli kenderaan untuk kemudahan dah kira syukran
onlajer recently posted..Segmen Tambah Follower Dan Rakan Blogger
betul tu…dapat beli kereta atau motor tu pun dah kira bernasib baik…bukan senang loan nak lulus kalau tak cukup T&C bank…ni kan pula nak beli nombor yang mahal2…
Kawe dgr www1 ni kena siasat polis..jolo ko????
Hafizul recently posted..Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru
loni Sultan Johor murko dgn Nizar…Nizar pulok hok polis siasat…
Harga no plate lagi mahal dari keta. Heheeheh
daddydee recently posted..Some Photo
itulah pasal…kawe kalu nombor plet pecah nak gi buat balik pun pikir 2-3 kali walaupun RM15 je sekeping…huhu
muhamad yusri recently posted..Wordless Wednesday #9 – Chicken Chop RM5 at Mama Chicken Chop
Kalau duit tu bukan dapat dari bekerja keras punya, mesti la boleh beli plat walaupun 1 juta !
Suruh org yg beli nombor tu derma wang yg dia guna utk beli nombor itu kepada anak yatim.
Anak anak yatim dapat makan 1tahun! !!!
Mesti duit rakyat dia guna beli ni,no plate mengalahkan harga kereta
Lawrence Vision recently posted..Logitech Wiress Gamepad F710 Untuk Gaming