Pemberian Yang Tak Terduga

Cenderamata istimewa

Salam semua,

Sudah sekian lama tersimpan entri ni dan baru hari ini terasa nak dipublishkan. Bukan best sangat pun ceritanya. Cuma nak share dengan pengikut setia MY dotcom (ada ke follower blog aku nih :-)),baru-baru ni semasa customer aku collect barang iaitu front grill Nissan Sylphy Impul yang telah diorder via online. Customer aku ni nak collect by hand, so aku hantar by hand lah. Dapat jugak aku eye ball dengan customer aku tu. Since dia pun tinggal dalam area JB, tak de hal lah untuk aku pergi jumpa dia.

Semasa aku berikan dia grill yang dia order tu sempatlah sembang-sembang sekejap. Customer aku ni rupanya orang Perak dan baru saja berpindah ke JB ni kerana mendapat peluang kerja di salah sebuah syarikat penerbangan di Singapore. Hampir setengah jam juga bersembang dengan dia. Lastly sebelum balik dia telah berikan aku cenderamata iaitu 1 set Bvlgari Perfume. Katanya dia beli semasa pergi ke US untuk dijadikan cenderamata buat kawan-kawan. Aku terima je dengan hati yang berbunga.Huhuhu…

Bau perfume dan lotion Bvlgari ni boleh tahan jugak wanginya. Tapi aku jarang pakai sebab baunya amat kuat dan rasa macam tak berapa sesuai untuk pergi kerja. Apa-apa pun benda free memang best.

Lupa pulak nak cerita, aku sebenarnya ada jugak buat bisnes online iaitu jual produk fizikal. Official site belum ada lagi. Ni duk tengah fikirkan bila lah nak buat. Memandangkan hasil dari jualan produk fizikal ni agak masyuk jugak tu yang aku rase sayang jika tak dibuat secara serius.

Memang aku akui pengiklanan yang paling efektif kini adalah melalui Mudah.my kerana boleh dikatakan hampir 95% customer aku menghubungi aku setelah melihat iklan di Mudah.my. Maklumlah dengan kedudukan ke 10 di Malaysia dalam alexa, Mudah.my menjadi medium terbaik untuk urusan jual dan beli secara online.

Jadi aku akan teruskan cita-cita untuk membina website bisnes online aku pada masa yang terdekat ini.InsyaAllah…

(1143)

6 thoughts on “Pemberian Yang Tak Terduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge