Cicak Tokek atau Pokke Untuk Dijual

tiga ekor cicak tokek yang dibela di Gua Musang

Fenomena apakah sebenarnya melanda tanahair kita pada masa kini? Sana-sini berceritakan tentang sejenis cicak yang digelarkan cicak ‘tokek’. Daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, semua tahu cerita tentang cicak tokek ini. Tenggelam sudah cerita tentang ‘Cicakman’. Sungguh malang si cicakman,mahupun cicak kobeng.

Apa sebenarnya keistimewaan cicak tokek ini, sehinggakan ianya bernilah jutaan ringgit? Kenapa ada individu yang sanggup menawarkan harga yang begitu tinggi dan tidak masuk logik akal? Pasti ada jawapannya yang tersendiri.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai cicak tokek ini, silalah baca artikel yang diterbitkan oleh Utusan On line ini.

Sekarang anda sudah dapat sedikit gambaran tentang keajaiban cicak tokek ini bukan?

Di sini saya ingin kongsikan cerita tentang cicak tokek yang saya perolehi dari adik ipar saya semasa dia datang ke rumah saya pada beberapa hari yang lepas untuk menghadiri perbicaraan berhubung kes kemalangan dia 2 tahun lepas. Semasa tengah rancak berbual, tiba-tiba entah macam mana boleh terkeluar cerita tentang cicak tokek. Adik ipar saya memberitahu bahawa seorang rakannya di Gua Musang ada membela 3 ekor cicak tokek ini di rumahnya. Dia membeli 3 ekor cicak tokek itu dengan harga RM2000 ketika beratnya tak sampai 200g setiap seekor. Sekarang berat setiap ekor cicak tokek itu dianggarkan seberat 250g.
Gambar cicak tokek itu adalah seperti yang dipaparkan di bawah tajuk entri ini.

Menurut kata kawan adik ipar saya itu, dia akan terus membela cicak-cicak itu sehingga beratnya menjangkau lebih daripada 300 g seekor. Kemudian barulah dia akan berkira-kira untuk menjualnya.

Bagi mereka yang ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya, ini mungkin jalannya. Tetapi kepada mereka yang tidak sabar pasti akan berakhir dengan kerugian serta kegagalan. Jadi berwaspadalah dengan tindakan yang bakal diambil.

Saya sebenarnya amat teruja juga dengan cerita-cerita tentang cicak tokek ini. Permintaan dan penawaran berlaku di mana-mana sahaja. Jika sesiapa yang ada pelihara atau pernah terserempak di mana-mana saja,harap dapatlah kongsi dengan saya infonya. Teringin jugak untuk saya melihat dari dekat lagi binatang ajaib yang dipanggil ‘Cicak Tokek’ a.k.a Pokke ini.

Anda ada cerita atau pengalaman tentang cicak tokek ini? Silalah tinggalkan komen anda. Terima kasih.

(1388)

About The Author

9 thoughts on “Cicak Tokek atau Pokke Untuk Dijual

  1. buzar

    I'm BUYING Tokay gecko in weight:
    400gsm above Starting 4-Million,
    500gsm Starting 13-Million,
    Negotiable for OWNER to Demand the price.

    600gsm 25-Million
    700gsm 40-Million
    :
    800gsm
    900gsm
    1KG
    IT'S FOR YOU TO DEMAND THE PRICE.
    berminat emel gambar ke tomsters90@yahoo.com.my atu pm inbox fb…

    Reply
  2. Pingback: Top Komen Julai – Review Blog Juara

  3. aSh

    Harga menatang nih sampai RM 4 juta?????HAHAHAAAHAHAH ni lah kerja org melayu sampai percaya ngan benda2 x masuk akal mcm ni sedang kan org cina berlumba-lumba berniaga.insaflah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *