Salam semua,
Hari ini aku tiba-tiba-teringat akan memori ketika menuntut ilmu di UiTM Shah Alam dulu. Sebagai salah seorang penuntut jurusan Engineering, sudah semestinya cita-cita pada ketika itu adalah untuk menjadi seorang Engineer atau bahasa Melayunya Jurutera. Pada masa itu, bermacam-macam jenis design t-shirt yang dijual untuk para penuntut jurusan Engineering. Ini adalah kerana sambutan kepada penjualan t-shirt yang berhubung kait dengan jurusan pengajian memang menggalakkan.
Seingat aku, semasa sepanjang pengajian di UiTM dulu, ada tiga design t-shirt untuk penuntut Engineering yang berjaya aku miliki. Tetapi sampai sekarang ni, hanya tinggal sehelai saja t-shirt yang masih elok dan boleh dipakai. Walaupun aku jarang pakai tetapi XYL aku selalu memakainya :-). Selebihnya mungkin dah menjadi kain buruk ataupun buat lap jalopy aku.
T-shirt itu adalah t-shirt yang dikenali sebagai t-shirt ‘Reason’. T-shirt ini memang menjadi trade mark kepada penuntut jurusan Engineering di UiTM Shah Alam. Kiranya memang legend lah t-shirt ni. Sesiapa yang memakainya pasti akan merasa bangga dan gah sekali. Mana taknya beb, pada masa tu jurusan Engineering adalah jurusan yang paling tough dan paling top di UiTM.
Apa yang bestnya dengan t-shirt ni? Bukanya menarik pun designnya. Cuma berharna hitam dan mempunyai tulisan pada bahagian belakang. Sebenarnya kata-kata pada bahagian belakang tu lah yang menjadi kebanggan kepada si pemakainya.
Nak tahu apa kata-kata dekat t-shirt tu? Anda boleh baca sendiri dekat gambar di atas. Ataupun boleh tengok kat bawah ni:
REASONS TO BECOME AN ENGINEER
because i am too honest to be a lawyer.
i wanted my friends to think i was smart.
if i flunk i can always transfer to business.
i dared to graduate with low C.G.P.A.
i have never had much of a social life.
i wanted to make enough money to pay back my student loans.
Jika kita lihat maksud tersirat di sebaik kata-kata keramat tu, pasti ada yang akan tersenyum sendiri. Mungkin juga ada yang akan ketawa terbahak-bahak. Serta mungkin juga akan ada yang rasa ‘terbakar’ dek kata-kata itu. He he he…
Jika ada pembaca blog MY dotcom ini yang memiliki t-shirt ini, ataupun pernah melihat serta terperasan melihat, bolehlah tinggalkan komen di bawah yer…mungkin kita pernah kenal-mengenali suatu ketika dulu, kini dan selamanya…
MY said: Alhamdulillah…cita-cita tu dah tercapai…dan kata-kata yang terakhir ‘i wanted to make enough money to pay back my student loans’ tu juga dah pun dikotakan.
(2073)
About The Author
Tak po boh…demo smart sokmo doh..haha..menarik kata-kata dalam baju ni..idea demo ko???
Zame buje dulu smart kakloh gok…hahahha…
Buke idea kawe tu…idea senior2 hok kawe sendiri dok tahu tahun bilo…
hahaha…baguh sungguh demo..jak bini ni pyh doh nk smart..sebab perut koho membesar..ko guano??
perut koho maju ke hadapan…nok bersukan koho dok berapo nok rajin doh loni…huhuu
memang smart la idea tu..memang kreatif sungguh…
1st time kawe tengok baju tu maso kawe dok masuk lagi ITM…tapi terpikat terus dengan idea2 tu…itu yang berkobar-kobar nok gi study situ tu…huhu
hehe.. aku mmg suke benor pakai tshirt ada tulis2 cool camni..
Yer doh…sebab unique kan…
Salam bro..yeah….aku tringat gila..that y aku google out n then jumpa blog nie…dulu aku ada satu..mana p ntah…memang bangga gak ada baju nie dulu (kadang2 geli geleman pun ada tang wording dia..bunyi cam berlagak lak)…since aku dulu masa study buat n jual baju2..rasa macam nk produce balik plak…apapun after 10 years grad…now i’m PE oredi…thanks ITM…eventough last word kat baju tu tak selesai lagi…(hutang PTPTPU)…hahahaha…
Salam bro…thanks sebab sudi tinggalkan komen kat sini…yer bro baju ni legend tu…memang sentiasa bangga menjadi penuntut ITM…
Takpe bro usaha lagi untuk selesaikan hutang tu…jika bro ada masalah macam diblacklist ke…hubungi saya…ada second option untuk selesaikannya…
I was the designer and the seller of the t-shirt. Designed back in year 1997.
That was my second design after ‘Evil batch’ t-shirt.
Thank you so much for posted my t-shirt design.
Is it?I’m glad to hear that. I really so proud that I would know you as a designer to the legend t-shirt in my blog.
Before this, I never thinking to get know who has designed that briant words on the t-shirt…thanks bro…