Berbuka Puasa Dengan Bubur Lambuk Terengganu

 

Bubur Lambuk Terengganu

Salam semua,

Apa agaknya juadah berbuka puasa hari ini ye? Macam-macam jenis makanan pasti berligar-ligar di kotak fikiran untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Pada bulan Ramadhan apa jua jenis makanan yang dijual pasti akan mendapat sambutan. Maklumlah nafsu makan meningkat berkali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan biasa. Makanan dan minuman jika dilihat di pasar Ramadhan (param) pelbagai jenis ada. Semuanya nampak sedap belaka. Bak kata orang, “Batu-bata jika dicolor-colorkan sedap juga yer” šŸ™‚ . Begitulah nikmatnya pada Bulan Puasa ni.

Aku tak nak buat intro panjang-panjang. Nantikan ada pulak yang rasa boring. Yer lah, bilalah agaknya nak cerita pasal tajuk entri nih. Duk cerita pasal makanan kat param memang tak kan habis.

Hari ini aku dan keluarga berbuka puasa dengan bubur lambuk yang dimasak oleh XYL aku. Bukan bubur lambuk yang biasa tetapi bubur lambuk Terengganu. Apa bezanya bubur lambuk Terengganu ni? Apa keistimewaannya jika nak dibandingkan dengan bubur lambuk biasa?

 

Sumber Google: Bubur Lambuk Kampung Baru

 

Bubur lambuk Terengganu ini dicampurkan dengan pelbagai jenis daun atau pucuk dari pelbagai jenis tumbuhan. Jika aku nak senaraikan di sini, sebenarnya aku sendiri pun tak ingat berapa jenis daun yang diletakkan di dalam bubur lambuk itu. Sebab banyak nama daun-daun tu yang aku tak tahu nama. Kalau yang biasa adalah seperti pucuk niding,daun kadok,daun ulat bulu,daun kesum,daun cekak manis,pucuk pakuĀ dan macam-macam lagi.

Bubur lambuk Terengganu juga dicampurkan dengan isi ikan yang direbus. Ubi keledek (orang Terengganu panggil ubi stelo). Setiap kali bulan puasa XYLĀ aku pasti akan memasak bubur lambuk ini. Kekadang, pada bulan bukan puasa pun dia ada juga buatkan aku bubur lambuk ni. Sebab dia tahu ini adalah salah satu makanan feveret aku.

Di negeri Terengganu, bubur lambuk ini memang sangat popular terutama pada bulan puasa. Dulu masa kecik-kecik, aku masih ingat yang bubur lambuk ini dimasak secara bergotong-royong di surau ataupun masjid. Berbuka puasa secara berjemaah dengan menikmati bubur lambuk ini di samping juadah-juadah yang dibawa oleh para jemaah. Seronok sungguh rasanya masa itu.

Sumber Google: Gotong-royong masak bubur lambuk

Kini, masih ada lagi ke tradisi seperti itu? Jika masih ada amat bagus sekali untuk mengeratkan silaturrahim. Agaknya apakah peristiwa menarik di tempat anda pada bulan puasa ini? Silalah kongsikan bersama di ruangan komen di bawah yer.

 

MY said: aku sorang je yang makan menambah bubur lambuk tu.Harmonics dan XYL aku tak makan sangat bubur lambuk Terengganu ni…tak sempat nak kongsikan resipi bubur lambuk Terengganu dalam entri ni. InsyaAllah dilain entri aku kongsikan.

(2341)

About The Author

24 thoughts on “Berbuka Puasa Dengan Bubur Lambuk Terengganu

            1. muhamad yusri Post author

              haha…yer doh pe deme kabo tu…kalu ambe gok buh pucuk kesom dgn daun cekok manis dok ape doh kalu tak dok hok lain-lain pong…asal kan rase tu ada…selere doh weh…huhu

              Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *