Layan Keropok Lekor Losong

Sejak saya duduk di Johor dari tahun 2000 sehingga sekarang tahun 2011, rasanya tidak pernah saya menemui orang yang menjual betul-betul keropok lekor Terengganu. Kebanyakan keropok lekor yang dijual di pasar atau di gerai-gerai tepi jalan adalah keropok lekor yang buatanya tidak menyamai seperti keropok lekor Terengganu.

Beza keropok lekor Terengganu berbanding dengan keropok lekor negeri-negeri lain adalah pada rasa, rupa dan isi kandungannya. Keropok lekor Terengganu sudah semestinya mengandungi isi ikan yang melebihi kandungan tepung serta kanji. Rasanya sungguh lembut dan tidak akan mengeras walaupun sudah sejuk. Jadi ianya tetap enak dimakan tanpa perlu dipanaskan semula.

Sos cili pencicah juga berbeza rasanya. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Masam, manis dan pedas sama rasa.

Petang semalam semasa singgah di kedai untuk membeli ikan, saya telah terpandang satu gerai yang terpampang papan tanda ‘Keropok Lekor Losong Terengganu dan Satar‘. Terus saya pergi ke gerai itu dan bertanyakan kepada penjual itu, “Betul ke ini keropok lekor Terengganu?”.Lantas dia menjawab,”Boleh try dulu baru tahu”.Dari rupa dan rasanya memang benarlah ini keropok lekor Terengganu. Dia memberitahu bahawa dia memproses sendiri keropok lekor ini di rumahnya dan baru saja berniaga di kawasan ini pada hari ini. Patutlah sebelum ini saya tak pernah nampak dia berniaga di situ. Satar dia belum mula jual lagi hari ini.

Terus saya membeli keropok lekor yang sudah siap digoreng sebanyak RM5. Saya berasa sungguh gembira dan berbesar hati kerana sudah ada orang memproses dan menjual keropok lekor Losong / Terengganu di kawasan saya khasnya dan di Johor amnya.

Keropok lekor Terengganu memang terbaik!

(2022)

About The Author

8 thoughts on “Layan Keropok Lekor Losong

  1. mimi

    nak tanya kat mane kedai kopok lekor ni??sbb memang hantu kopok lekor losong. tp sgt ssh nak jumpe kedai yg jual ori kopok lekor..huhu

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      sebelum bulan puasa hari tu dia ada berniaga kat depan kedai Acheh di Taman Bestari Indah.Sepanjang bulan puasa saya tak nampak pulak dia berniaga kat kawasan tu.Saya nak tengok jika dia berniaga balik atau tidak selepas Raya ni…

      Reply
      1. kaq wan

        salam kepada semua org Johor..nama saya kaq wan asal dari tganu berminat nk jual keropok lekor otai..insyaallah ada rasa…kt johor nnti..tapi skg ada kt sabah..rasa2ya kt mana area bagus..kluag ok ke

        Reply
        1. muhamad yusri Post author

          Salam Kaq Wan,

          Cantik gak tu…permintaan pun agak tinggi di Johor ni…
          Kalau tak keberatan silalah tinggalkan no telefon yang boleh kita hubungi Kaq Wan.

          Reply
  2. pelangiindah76

    Salam semua..

    Saya merupakan pengeluar keropok lekor Terengganu yang beoperasi di Johor Bahru. Resepi asal keropok ini adalah dari BTB, Terengganu. Kepada sesiapa yang berminat, sila layari ke blg saya, pelangiindah76.blogspot.com

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Salam,
      Jika encik/tuan berada di Pelangi Indah, dah dekatlah tu dengan tempat tinggal ambe.Ok, nanti ambe kontek.Terima kasih kerana sudi singgah di teratak usang ambe ini…hehehe

      Reply

Leave a Reply to pelangiindah76 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *