Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Jun 2015

Ya. Ia datang lagi, Peperiksaan Radio Amatur 2015.

Untuk makluman, sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengendali Stesen Radio Amatur, pendaftaran RAE telah dibuka melalui Website SKMM/MCMC.
Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut dan pendaftaran secara online.
Laman Web Rasmi SKMM

Tarikh RAE : 11 Jun 2015 (Khamis @, 2.00ptg)
Tarikh tutup pendaftaran : 12 Mei 2015.
Yuran pendaftaran RAE adalah sebanyak RM50.

Peperiksaan Radio Amatur 2015

Perkara yang anda perlu tahu tentang RAE:

1. RAE secara bertulis diadakan 2 kali setahun. Biasanya dalam bulan Jun dan Disember.

2. Had umur yang layak bagi mengambil RAE adalah telah mencapai umur 14 tahun pada tarikh 11 Jun 2015.

3. Terdapat 6 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara. Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak. Tempat sebenar pusat peperiksaan akan diumumkan dua minggu sebelum tarikh RAE.

4. RAE mempunyai 100 soalan objektif; Jawapan dalam A, B, C dan D

5. Masa yang diberikan adalah 3 jam (2.00pm hingga 5.00pm)

6. Markah lulus adalah 50 markah.

7. Keputusan RAE akan diumumkan dalam tempoh lebih kurang sebulan selepas tarikh RAE.

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:

1. Lawat laman web SKMM

2. Klik pada “Purchase Voucher

3. Pilih “Examination Voucher

4. Tandakan pada kotak “Saya bersetuju….” Klik “Proceed”

5. Taipkan nama penuh anda seperti dalam kad pengenalan

6. Pilih MyKad

7. Taipkan nombor kad pengenalan (tanpa tanda – )

8. Pilih Malaysian

9. Pilih Malaysia

10. Klik “Submit”

11. Pilih Credit Card sekiranya anda ingat membayar dengan menggunakan kad kredit ATAU pilih FPX sekiranya anda ingin transfer dari akaun bank anda.

12. Ikuti langkah seterusnya untuk pembayaran.

PENTING
Setelah urusan pembayaran selesai dan berjaya, anda akan diberikan satu voucher. SILA CATITKAN NO VOUCHER TERSEBUT DAN PASTIKAN NAMA DAN NO IC ANDA ADALAH BETUL.
SILA SAVE VOUCHER TERSEBUT.

Seterusnya kembali ke laman web SKMM

1. Klik pada Examination Application
2. Taipkan nama anda seperti dalam kad pengenalan dan no kad pengenalan.
3. Klik “Check
4. Pilih RAE
5. Semak no voucher yang dipamerkan adalah sama dengan voucher yang anda perolehi.
6. Klik “Proceed”
7. Taipkan semua butiran yang diperlukan; alamat, tarikh lahir, jantina, nombor telefon, email dan lain-lain.

Juga pilih “disable” sekiranya anda adalah OKU.

8. PILIH TEMPAT PEPERIKSAAN YANG ANDA INGINKAN.
9. Klik “Submit”

Sekiranya berjaya, anda akan diberikan Application Number. Sila catitkan nombor ini.

Selamat mencuba Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Jun 2015.

MY said: Aku teringat permohonan RAE yang aku buat dulu >>RAE Disember 2012

(2403)

14 thoughts on “Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Jun 2015

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge