Selesai Permohonan Untuk RAE 2012 Siri Kedua

Jika anda ingin menceburi dunia Radio Amatur, perkara pertama yang wajib dilakukan adalah menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) yang dianjurkan oleh SKMM. RAE ini diadakan cuma 2 kali dalam setahun iaitu pada pertengahan tahun biasanya pada bulan Jun dan pada penghujung tahun iaitu pada bulan Disember.

Jadi untuk tahun ini, aku sudah bertekad untuk menduduki RAE ini kerana sudah terlalu lama aku menangguhkannya atas sebab-sebab tertentu. Tanpa kelulusan RAE ini aku tidak dapat pergi lagi jauh dalam dunia Radio Amatur. Ramai rakan-rakanku yang sudah memiliki callsign 9W2 dan ada juga yang sudah sampai ke tahap 9M2 seperti bro Aqil 9M2ODY dan bro Iqbal 9M2BAL.

Langkah pertama, aku mesti memohon dengan SKMM untuk menduduki RAE ni. Seperti yang aku nyatakan dalam entri yang sebelum ini, permohonan boleh dilakukan melalui 2 cara:

1) Secara online
2) Secara manual

Aku telah memilih cara yang pertama iaitu permohonan secara online. Tidak susah untuk membuat permohonan secara online ini kerana ianya cuma ada 2 step sahaja:

1) Buat Payment Voucher
– Pembayaran melalui internet banking sebanyak RM50.00 iaitu yuran untuk RAE itu. Di antara bank-bank yang tersedia adalah Maybank, CIMB, Bank Islam, Public Bank, Hong Leong dan RHB. Pembayaran menggunakan VISA dan Mastercard juga disediakan.

 

2) Buat Permohonan Peperiksaan
– Setelah Payment Voucher diterima barulah boleh teruskan untuk membuat permohonan RAE. Isikan segala butiran yang diperlukan dan hantar.

Senang sajakan? Status permohonan ini boleh diketahui dengan melawat kembali portal SKMM
selepas tarikh tutup iaitu pada 19hb Oktober 2012. Lega rasanya setelah selesai menghantar permohonan untuk RAE ini. Lepas ni tunggu keputusan pula samada permohonan berjaya atau tidak.

 

(2388)

About The Author

8 thoughts on “Selesai Permohonan Untuk RAE 2012 Siri Kedua

  1. Hafizul

    Hehehe..semoga demo berjaya capai apa yang dihajatkan…tips demo wi ni sungguh berkesan pada mereka yang memerlukan..ehh puas ko main menda ni??haha..

    Reply
  2. Melastik Bintang

    RAE..rindu dengan dunia Radio amatur…dulu saya pengguna tegar radio amatur…sebab bertugas sebagai marshall di kelab permotoran vivac.. serius dunia radio amatur ni sebenarnya menguntungkan…..banyak benda kita boleh pelajari..

    Reply
  3. hafizmd

    Wah…hebatlah!
    Ada kwan kat taman yg agak expert dalam bidang2 radio ni…terlopong jugaklah dengar dia citer pasal radio2 ni..

    Moga terus sukses bro!

    Reply
  4. Pingback: Peperiksaan Radio Amatur RAE2014 | MUHAMADYUSRI DOT COM

  5. Pingback: Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Jun 2015 | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *