Tag Archives: borang permohonan RAE

Selesai Permohonan Untuk RAE 2012 Siri Kedua

Jika anda ingin menceburi dunia Radio Amatur, perkara pertama yang wajib dilakukan adalah menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) yang dianjurkan oleh SKMM. RAE ini diadakan cuma 2 kali dalam setahun iaitu pada pertengahan tahun biasanya pada bulan Jun dan pada penghujung tahun iaitu pada bulan Disember.

Jadi untuk tahun ini, aku sudah bertekad untuk menduduki RAE ini kerana sudah terlalu lama aku menangguhkannya atas sebab-sebab tertentu. Tanpa kelulusan RAE ini aku tidak dapat pergi lagi jauh dalam dunia Radio Amatur. Ramai rakan-rakanku yang sudah memiliki callsign 9W2 dan ada juga yang sudah sampai ke tahap 9M2 seperti bro Aqil 9M2ODY dan bro Iqbal 9M2BAL. Continue reading

(2388)

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri Kedua 2012

Radio Amatur Examination 2012-2

 Pada 2 Oktober 2012 lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan tentang  Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri Kedua bagi tahun 2012. Butiran lengkap berhubung peperiksaan ini adalah seperti berikut:

Siri Peperiksaan:RAE 2012-2
Tarikh dan Masa Peperiksaan:19 Disember 2012 jam 2.00 petang
Tarikh Tutup Permohonan:19 Oktober 2012 jam 5.00 petang
Pusat Peperiksaan (Wilayah):Utara,Tengah,Selatan,Timur,Sabah dan Sarawak. Continue reading

(2025)