Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Ya.
Tahun ini bukan milik “The Red Warriors” untuk merangkul gelaran juara Piala Malaysia edisi ke 87. Walaupun pemain-pemain Kelantan telah menunjukkan prestasi yang pada tahap optimum tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013- Matias Conti menjadi wira Pahang

Skuad “Tok Gajah” akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia sejak tahun 1992, apabila menewaskan juara bertahan Piala Malaysia musim lalu iaitu Kelantan dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi di kalangan pemain Pahang sekaligus menguatkan keyakinan pasukan dan hasilnya Pahang di depan menerusi jaringan tonggak import mereka Matias Conti pada minit ke-58.

Menyedari bahawa telah ketinggalan, skuad “The Red Warriors” menggandakan serangan untuk mencari gol penyamaan, namun barisan pertahanan Pahang berjaya mengagalkan usaha jentera serangan Kelantan dalam memburu gol penyamaan dan kemenangan.

Aksi semakin rancak dan mendebarkan, pada akhir perlawanan, pasukan Kelantan nyaris menyamakan kedudukan, namun tandukan Fakri Saarani hasil hantaran Dickson Nwakaeme berjaya ditepis oleh penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid yang beraksi cemerlang malam tadi.

Keputusan Pahang (1), Kelantan (0) kekal sehingga tamat perlawanan. Secara rasminya Pahang Juara Piala Malaysia 2013.

Akhirnya segala ramalan dan persoalan peminat bola sepak tempatan telah terjawab, Piala Malaysia edisi ke-87 berhijrah ke destinasi yang baru iaitu Pahang Darul Makmur.

Buat penyokong tegar dan fanatik “The Red Warriors”, teruskan semangat anda untuk terus menyokong pemain serta pasukan bola sepak Kelantan pada masa akan datang. Semoga laungan “Gomo Kelate Gomo” akan terus menggegarkan seluruh pelusuk tanahair.

(786)

About The Author

2 thoughts on “Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *