Tag Archives: 9W2YSW

5 Tips Untuk Lulus Peperiksaan Radio Amatur

Peperiksaan atau exam. Memang sesuatu yang amat mendebarkan dan merimaskan. Jika seseorang itu tidak betul-betul bersedia untuk menghadapinya. Tetapi jika selesai melaksanakannya ibarat satu kemerdekaan yang abadi.

OK. Entri kali ini aku ingin kongsikan di sini tips paling mudah untuk lulus Peperiksaan Radio Amatur atau RAE. Aku tahu ramai calon-calon di luar sana sedang berdebar-debar untuk menduduki RAE ni, serta pasti juga ada antara mereka yang mengharapkan ada soalan ‘spot’ atau pun ‘toyol’ untuk dibawa semasa RAE itu.Ha ha ha. Jangan buat ye benda macam tu.

Peperiksaan RAE

Di bawah ni aku senaraikan 5 tips untuk lulus peperiksaan Radio Amatur atau RAE: Continue reading

(7234)

Nama Baru Aku

Semua orang kat atas muka bumi ini ada nama atau pengenalan diri kan? Macam aku lah Muhamad Yusri. Nama yang ayahanda dan bonda aku berikan sejak dari mula-mula lahir lagi. Tetapi hari ini, aku telah mendapat satu lagi pengenalan diri. Nama baru aku yang mana ianya unik dan tidak akan ada orang lain dapat memilikinya. Nama ini memang khas untuk pengendali Radio Amatur ataupun Ham Radio.

Callsign. OK, ia adalah pengenalan diri untuk seseorang yang mengendalikan peralatan dalam komunikasi Radio Amatur. Ia juga merupakan lesen yang wajib dimiliki jika ingin mengendalikan Radio Amatur secara sah.
Aku tak nak cerita panjang pasal maksud callsign tu. Aku cuma ingin kongsikan bagaimana caranya aku memohon untuk mendapatkan callsign ini.

SKMM Johor Bahru

Continue reading

(4069)