Tag Archives: produk keropok lekor 696

Keropok Lekor Oh Keropok Lekor

Salam Semua,

Hari ini pagi-pagi lagi dah memecut 4G18P aku menuju ke Terminal Bas Larkin. Aku mendapat SMS dan call dari pakcik aku yang memberitahu barang yang aku order telah dihantar dan akan sampai pada pukul 8.00 pagi di Larkin. Barang apa sebenarnya yang aku nak pergi ambil ni? Macam penting dan gempak je bunyinya. Haha…

Sebenarnya aku pergi ambik keropok lekor yang telah aku order pada hari Jumaat yang lepas. Memang kebiasaannya aku mintak pakcik aku hantar pada hari Sabtu malam dan aku boleh pergi ambil pada pagi Ahad. Keropok lekor tu dihantar dengan cara ‘tumpang’ bas ekspress yang datang dari Kelantan dan menuju ke Johor Bahru. Walaupun ‘tumpang’ tapi tetap ada juga bayaran dan bukannya free. Continue reading

(8529)