Category Archives: Apa-apa aje

Madah Tak Berhelah

Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain. Lagu itu sudah terlalu kerap didengar di corong-corong radio sejak dari tahun 1992 lagi. Masa tu aku baru form 2. Lagu ni berjaya masuk final Juara Lagu pada tahun itu.
Tetapi kalau Madah Tak Berhelah pula adakah pernah korang dengar?
Hah! Di blog ini korang akan jumpa.
Mari kita sama-sama hayati bait-bait kata di bawah ini:

Muslimah…
Simpanlah cintamu biar masak ranum
Peliharalah martabatmu biar luka berdarah
Tiada tawar-menawar walau sepicing ciuman
Agar peribadimu wangi terangkat.

Muslimah…
Jadilah bunga kemboja walaupun tiada rupa
Tetapi wangi baunya
Jangan jadi seperti bunga raya
Rupanya cantik tetapi wanginya tiada. Continue reading

(1289)

Apa Nak Buat Kalau Mengantuk Waktu Kerja?

Mengantuk pada waktu kerja memang biasa dialami bagi mereka yang bekerja dalam suasana yang sunyi,tidak perlu berdiri atau bergerak ke sana ke mari dan juga persekitaran yang bersuhu sederhana. Tetapi faktor utama mengantuk semestinya disebabkan oleh tidur yang tidak mencukupi. Tidur amat penting kerana itu adalah satu-satunya cara kita merehatkan seluruh tubuh badan daripada melakukan sebarang pergerakan ataupun aktiviti.

sleepy face

Continue reading

(1850)

Tebus Backpack Bonuslink di Stesyen Shell

Semalam masa singgah kat stesen minyak Shell aku nampak ada banyak barang-barang kat sudut Redemption On-The Spot Bonuslink. Ada payung, kain tuala mandi, botol air, backpack dan juga air mineral.

Bonuslink On The Spot Redemption

Aku ambik backpack untuk tebus mata ganjaran Bonuslink yang aku duk kumpul sekian lama. Seingat aku lah, ini dah kali ke empat aku tebus barang kat Shell. Backpack dah dua kali. Backpack ni aku berhajat untuk hadiah kan kepada putera sulung aku, Danial. Mesti dia happy punyalah dengan backpack baru ni. Continue reading

(2472)