Hari ini terlintas di kepala untuk menyentuh serba-sedikit tentang Bunga Raya. Apakah keistimewaan bunga raya ini? Aku pasti semua orang sedia maklum yang bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Kenapa agaknya tidak dipilih bunga-bunga yang lain sebagai bunga kebangsaan? Sedangkan banyak lagi bunga yang lebih cantik dan berbau harum seperti bunga mawar, bunga melur, bunga kenanga dan sebagainya. Bunga raya langsung tidak mempunyai bau. Bunga tahi ayam pun ada bau :-).
Pada pengamatan aku, bunga raya bukanlah bunga yang popular pun. Sememangnya langsung tak tersenarai di dalam nama-nama jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada awek ataupun isteri. Halaman rumah aku pun tidak ditanam pokok bunga raya ini. Nasib baik jiran di depan rumah aku yang berketurunan India ada menanam pokok bunga raya. Bolehlah aku tumpang ambil gambar bunga raya untuk aku masukkan dalam entri ini.
Kenapa Bunga Raya dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan?
Berbalik kepada persoalan ‘kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan?’, aku ada terbaca dalam satu blog dan penulis blog itu memberi penerangan seperti di bawah yang mana aku fikirkan memang ada kebenarannya:
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
Sumber: Kalam Abu Musaddad
Khasiat Daun Bunga Raya
Aku masih teringat ketika di kampung halamanku, jika ada di antara aku dan adik-beradik aku yang demam bondaku pasti akan meramas-ramas daun bunga raya ini di dalam besen (betul ke ejaan ni? :-)) yang mengandungi air. Lalu disapukan air itu di kepala kami dengan penuh kasih-sayang dan diiringi doa agar kami cepat sembuh. Selepas air yang dicampurkan dengan daun bunga raya ini disapukan di kepala berulang-kali, insyaAllah panas di kepala dan badan akan berkurangan. Setakat ini aku belum mempraktikkan lagi petua ini jika harmonics aku demam kerana kebiasaannya aku menyapu kepala mereka dengan air yang dicampurkan dengan asam jawa. Ini juga merupakan salah satu petua untuk mengurangkan panas jika demam.
Lagu Bunga Raya a.k.a Hibiscus
Bunga sememangnya amatlah sinonim dengan wanita. Sehinggakan ada ibubapa yang menamakan anak-anak perempuan mereka dengan nama bunga. Tapi itu dululah. Zaman-zaman dulu. Jika kita menonton filem-filem hitam putih pasti biasa kita dengar orang perempuan dipanggil dengan nama-nama bunga. Contohnya Melati, Melor, Kemboja dan Kenanga. Bunga juga dijadikan tajuk-tajuk lagu seperti Bunga Melur nyanyian Tan Sri P.Ramlee,Bunga Tanjung nyanyian Syarifah Aini, Bunga Emas nyanyian Saleem. Bunga-bunga Cinta nyanyian Misha Omar dan Bunga Angkasa nyanyian Terra Rossa boleh jugak kot :-). Tidak terkecuali dengan bunga raya yang mana juga mempunyai lagu.
Pada zaman aku belajar di UiTM dulu, salah satu band yang aku minati adalah The Official. Band yang berasal dari Johor Bahru yang membawa genre muzik indie iaitu Oi+Punk. Di dalam album pertama mereka yang bertajuk Remember Yesterday keluaran tahun 1998 ada satu lagu yang bertajuk Bunga Raya tetapi di dalam bahasa Inggeris iaitu Hibiscus. Di dalam lirik lagu ini, The Official memberikan pengertian dan pandagan mereka tentang bunga Raya yang mana tersurat dan tersirat. Mari kita baca dan hayati lirik lagu Hibiscus ini:
Hibiscus
You means a lot to us what you are is about us
And you represent my land
You means a lot to us you are the hibiscus
And you will stand strong till the endYou hold the pride for us
All the memory will last
You what you are
For the past and futureSome people don’t care and they don’t know what you’re for
You are for them and me
You’ ve stand with my land you shows the world what we are
You hold so much memoryMusic by : Hasnol
Lyrics by : Magoo
Jom kita layan lagu Hibiscus ini dalam version You Tube:
Itulah serba-sedikit cerita tentang bunga raya yang dapat aku kongsikan di sini buat tatapan pembaca blog MY dot com. Semoga ianya bermanfaat buat semua. Terima kasih.
(4356)
About The Author
Masa blog walking last week ada minah salleh yg post psl bunga raya ni.. Depa suka dan cakap cantik bunga raya nie..
betul tu bro…bunga raya ada pelbagai jenis rupa. Tapi kebiasaannya kita hanya gambarkan yang bunga raya ni berwarna merah dan berkelopak 5. Sebenarnya bunga raya mempunyai pelbagai warna yang amat menarik…
Hehe..macam ni alkisahnya..bunga raya orang kata boleh makan..betul ke?
memang boleh makan…tapi tak tahulah apa kesan selepas tu…hehe
Pingback: Madah Tidak Berhelah | muhamadyusri dot com