Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 9 tahun buat putera sulungku Akmal Danial. Dah besar anak teruna ku rupanya. Sudah darjah 3 dan dah boleh berkhatan agaknya ye cuti sekolah nanti.Hehe. Aku dulu berkhatan masa tingkatan 1. Korang pulak masa darjah berapa? Cer citer…
Seperti biasa macam tahun-tahun sebelumnya jugak, dan seperti kebiasaan pada hari lahir atau hari jadi, kek pasti akan menjadi sajian utama dan perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran. Kek hari jadi kali ini XYL aku telah menempah dengan rakan sekerjanya. Kiranya home made lah dan aku rasa tak payahlah aku sebut nama orang yang buat kek tu kat sini. Tapi kalau korang nak tahu sangat aku bagi tahu je lah. Nama dia .
Sesuatu yang luar biasa telah terjadi dengan kek pada hari itu. Korang tahu tak apa dia? Ye…technical error dekat nombor pada kek tu. Ulang tahun kelahiran yang ke 9 tapi nombor kat atas kek pulak 10. Tak tahulah kenapa XYL aku boleh teringat yang putera sulung aku tu dah 10 tahun.Hehe…Tak pe lah asalkan ada kek. Gembira tak terkata dah anak aku. Rasa kek ni memang best. Harga pun berpatutan. Lepas ni aku rasa nak tempah lagi untuk kek hari jadi aku pulak.Huhu.
Kalau sambut hari lahir, tak sah kalau tak ada hadiah kan? Kali ini XYL dan aku telah sepakat nak bagi basikal sebagai hadiah. Lagi pun dah berulang kali Danial duk mintak belikan basikal untuk dia. Tersenyum lebar bila dia dapat basikal tu. Maklumlah mimpi sudah menjadi kenyataan. Lepas ni makin panjanglah langkah dia masa hujung minggu. Masa bagi hadiah ni kat Danial, puteri kembar aku dah mula buat muka tak puas hati. Diorang tanya, “Kenapa tak beli basikal untuk adik kakak?”. Apa lagi, nak mengelak daripada diorang merengek serta mengamuk lebih lama, aku pun menabur janji manislah pada diorang. “Adik,Kakak…nanti dah dapat gaji bulan depan Abah belikan untuk adik kakak pula yer…”. Sambil mencongak,“Cukup ke duit nak beli 2 buah lagi basikal ni?”…
Santapan dan juadah lain-lain pula hanya gambar di bawah mampu menceritakannya. Semuanya disediakan oleh XYL aku. Sempat lagi dia buat semua tu walaupun balik kerja sampai rumah dah pukul 7 lebih. Terima kasih buat XYL ku kerana menyediakan santapan terakhir Raja Bersiong yang sedap dan marvelous.
Rasanya cukuplah sampai di sini ulasan majlis sambutan hari lahir yang ke 9 tahun putera sulungku, Akmal Danial. Diharapkan korang tak bosan membacanya. Jangan kata aku tak jemput korang pulak. Sebab memang aku tak ajak sesape pun. Majlis ini adalah tertutup kerana bajet yang tak seberapa. Selamat Hari Lahir Danial.
Adios,73.
MY said:Abah dan Ibu doakan semoga Danial sihat walafiat,dipanjangkan usia, murah dan menjadi anak yang soleh. Belajar rajin-rajin supaya menjadi contoh yang baik buat adik dan kakak. Amin…
(2185)
About The Author
Selamat hari lahir utk anak bro yusri…Danial…
Moga menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat yer..
hehe..boh…jap lagi hujung bulan, adik ngn kakak akan tuntut janji =) hehehe
Terima kasih bagi pihak anak ambe…
Memang doh mesti tanye punya…bersedialah nok jawab mende…hehe
Pingback: Tebus Backpack Bonuslink di Stesyen Shell | muhamadyusri dot com
Untung anak-anak sekarang ni kan..tak macam zaman kawe dulu..nok suruh mok beli stoking sepasang pun puah ngajuk..haha..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu serta menjadi anak yang soleh ye danial..hehe
memang untung boh…zaman kawe dok pernoh pun ado ore nok sambut hari jadi ni…ingat pung dok…kecuali bonda tercinta…
Semoga panjang umur, menjadi anak yang sholehah.aamiin