Tag Archives: Abang Long

Selamat Hari Lahir Danial

Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 9 tahun buat putera sulungku Akmal Danial. Dah besar anak teruna ku rupanya. Sudah darjah 3 dan dah boleh berkhatan agaknya ye cuti sekolah nanti.Hehe. Aku dulu berkhatan masa tingkatan 1. Korang pulak masa darjah berapa? Cer citer…

Seperti biasa macam tahun-tahun sebelumnya jugak, dan seperti kebiasaan pada hari lahir atau hari jadi, kek pasti akan menjadi sajian utama dan perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran. Kek hari jadi kali ini XYL aku telah menempah dengan rakan sekerjanya. Kiranya home made lah dan aku rasa tak payahlah aku sebut nama orang yang buat kek tu kat sini. Tapi kalau korang nak tahu sangat aku bagi tahu je lah. Nama dia Kak Yan.
Continue reading

(2165)