Pada tarikh dan hari yang sama 5 tahun lepas, XYL ku telah selamat melahirkan 2 orang cahaya mata kami. Kami telah memberikan nama kepada puteri kembar kami itu dengan nama Nur Dhia Danisha (kakak) dan Nur Adini Darwisya (adik). Perbezaan masa hanyalah 6 minit di antara kakak dan adik. Syukur Alhamdulillah, syukur kerana semuanya selamat walaupun kelahiran puteri kembar kami ini adalah di luar jangkaan kami.
Pada hari ini telah genap 5 tahun usia kedua-dua puteri kembar kami. Seronok sekali kerana dapat melihat keduanya membesar di depan mata kami sendiri. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sejak dari mula kelahiran sehinggalah ke hari ini. Pengalaman yang sungguh berharga yang mana tidak semua ibu bapa dapat memilikinya.
Hari ini sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-5 puteri kembarku, tiada apa yang istimewa selain daripada doa kesyukuran dipanjatkan semoga keduanya sentiasa sihat walafiat,dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan menjadi anak-anak yang solehah.
Sebiji kek telah dijadikan sebagai tanda sempena hari lahir ke-5 ini. Jelas sekali terpancar sinar kegirangan dan keceriaan pada wajah-wajah mereka ketika acara memotong kek harijadi. Aku pasti mereka akan mengingati peristiwa ini walaupun simple yang amat. Dan sudah pasti mereka akan bercerita dengan kawan-kawan apabila kembali ke sekolah nanti.
(3249)
About The Author
untungnya ada anak kembar….seronok
memang seronok bro…huhu
Ni yg ambe nak kena carik jugak ni…hehehe
cari jangan dok cari…kalu betul deme memang kelas…hehehe…nanti ambe tra tanye XYL ambe…
amat jrng skali org akn dpt ank kmbr..
untgla
betul tu…hehe
Haha..selamat hari lahir..kawe raso hok alik kanan tuh kakak..ehh sekali tengok muka anok demo ni po pelakon kanok2..dalam cite trilogi cinta 2..sedap ore ado anok kembar..
sebenarnyo kawe sendiri pun dok tahu hok mano kakak.hahaha…maso kecik meme kawe ado masalah untuk kenal yang mano satu adik @ kakak. kawe dok rajing tengok cite tu…gano dok tahu?huhuhu.
Buleh tehe kiro jugok sedapnyo boh ado anok kembar nih…hahaha
gua sendiri tak tahu camana nak bezakan. tapi biasanya, diorang ada perangai masing-masing kan? dari situ boleh kenal.
yer betul tu bro…memang ada perbezaan dan kita yang rapat dengan mereka pasti akan perasan perbezaan itu.
Pingback: Selamat Hari Lahir Danial | muhamadyusri dot com