Tag Archives: Lirik Lagu

Retro Sabtu : Dibadai Asmara – Sera

Pada pagi Sabtu yang dingin begini, teringin aku melayan lagu-lagu retro. Jadi, untuk entri pertama Retro Sabtu, aku kongsikan satu lagu daripada kumpulan muzik rock yang popular pada tahun 90-an. Nama kumpulan ini adalah Sera. Berasal dari Kelantan.

Kumpulan Sera…popular dengan lagu Dibadai Asmara

Ahli-ahli kumpulan Sera terdiri daripada:

  • Oyee-Vokalis
  • Uban-Gitar
  • Kamil-Gitar
  • Rahim-Bass Gitar
  • Zulkifli-Dram

Satu-satunya album kumpulan Sera bertajuk ‘Sentuhan Rasa’ terbitan pada tahun 1991. Antara tajuk lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti berikut: Continue reading

(5701)

Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar Bunga

Bunga Raya yang sedang kembang mekar tanpa wangi

Hari ini terlintas di kepala untuk menyentuh serba-sedikit tentang Bunga Raya. Apakah keistimewaan bunga raya ini? Aku pasti semua orang sedia maklum yang bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Kenapa agaknya tidak dipilih bunga-bunga yang lain sebagai bunga kebangsaan? Sedangkan banyak lagi bunga yang lebih cantik dan berbau harum seperti bunga mawar, bunga melur, bunga kenanga dan sebagainya. Bunga raya langsung tidak mempunyai bau. Bunga tahi ayam pun ada bau :-).

Pada pengamatan aku, bunga raya bukanlah bunga yang popular pun. Sememangnya langsung tak tersenarai di dalam nama-nama jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada awek ataupun isteri. Halaman rumah aku pun tidak ditanam pokok bunga raya ini. Nasib baik jiran di depan rumah aku yang berketurunan India ada menanam pokok bunga raya. Bolehlah aku tumpang ambil gambar bunga raya untuk aku masukkan dalam entri ini. Continue reading

(4341)

Tupai Halim Yazid

Salam semua,

Entri kali ni aku teringin nak kongsi satu lagu tersohor di Malaysia amnya dan di Kelantan khususnya.

Lagu yang aku maksudkan adalah Tupai nyanyian aktivis dikir barat terkenal iaitu Halim Yazid. Rasanya semua orang tahu lagi ini. Tidak kira peringkat umur samada kanak-kanak mahupun warga emas.

Jadi kita layan serta kita pakat hayati maksud di sebalik lirik lagu dikir barat ini. 

  

(lirik disertakan sekali jika anda teringin untuk mencuba menyanyi lagu ni) Continue reading

(1234)