Istidraj Di dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.Syukur pada Allah Tuhan yang sebenar bagi semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini dan juga di angkasaraya. Manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan, pokok, gunung, sungai dan sebagainya, termasuklah Malaikat. Semuanya dicipta oleh Allah ‘azzawajalla dengan tujuan semata-mata untuk menghambakan diri kapada Allah. Diberi nyawa, rezeki, pasangan laki-laki dengan perempuan serta jantan dengan betina.

Oleh itu sudah sepatutnyalah makhluk-makhluk ini wajib mengucap syukur dan berterima kasih kepada Penciptanya. Sentiasa mengingatiNya, menurut serta patuh ke atas segala perintahNya dan tidak melakukan apa-apa perkara yang dilarangNya. Umpamanya mulut kita sentiasa berzikir, bertahmid dan bertahalil memujiNya.

Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Dia memberikan rezeki kepada semua makhlukNya yang beragama Islam dan juga bukan Islam. Ada yang telah menjadi kaya dan hidup mewah. Mempunyai rumah besar, banyak kereta dan besar-besar pulak tu.

House and cars

TETAPI ingat lah bahawa rezeki pemberianNya itu ada yang Allah SUKA dan REDHA memberinya, dan ada juga yang ALLAH BERI DALAM KEADAAN TIDAK REDHA yakni tidak suka dalam keadaan marah (ISTIDRAJ).

Contohnya kita sangat sayangkan anak kita. Tiba musim hujan dia demam dan kena batuk. Kebetulan lalu pulak motor ice cream depan rumah. Dia merengek-rengek kat kita nak ice cream. Siap berguling-guling lagi dilantai, meraung “nak jugak…nak jugak…”. Kita tahu, kalau batuk makan ice cream, akan bertambahlah batuknya nanti. Tapi kita kesian akan anak kita, lalu dalam keadaan marah kita akan berkata, “Nah amik RM50 ni pegi beli sampai habis!”. Marah-marah jugak tapi bagi-bagi jugak.

ice cream

 Apa yang kita hendak-hendak sangat ialah yang Allah beri dalam keadaan suka dan redha iaitu Allah beri kepada sesiapa yang sentiasa INGAT KEPADANYA. Yang solat 5 waktu tak tinggal. Tambah dengan solat sunat lagi. Membuat kerja-kerja yang baik sahaja. Meninggalkan perbuatan-perbuatan yang tidak baik kerana takut kepada Allah. Segala apa benda-benda baik yang dibuatnya semata-mata kerana Allah. Dia buat kerja-kerja yang baik dan memohon kepada Allah untuk mendapatkan keberkatanNya walaupun hidupnya melarat dan miskin tetapi dia berusaha dan berserah kepada Allah semata-mata. Allah amat kasihan kepada orang-orang macam ini. InsyaAlah, Allah berjanji akan sentiasa membantu orang-orang ini dengan rezeki yang halal tidak secara rasuah, tipu dan sebagainya. Orang ini akan semakin hampir dengan Allah. Kedudukannya adalah sangat tinggi di sisi Allah.

ISTIDRAJ. Allah memberi rezeki kepada hambaNya dalam keadaan marah dan tidak redha dan tiada keberkatan. Hidup mewah, kaya raya tetapi hatinya KOSONG (Kosong-kosong macam lagu Najwa Latif). Sentiasa tidak cukup, cari lagi tambah lagi. Tetapi dia menggunakan kekayaan yang ada untuk menipu orang bagi menambahkan lagi pendapatannya. Melakukan kerja-kerja yang tidak baik, ingkar perintah Allah. Tidak menunaikan solat, tidak mengerjakan puasa dan zakat tak nak bagi. Tiada niat pun hendak bantu orang miskin. Keseluruhannya dia telah LUPA pada Allah yang telah menjadikannya. Memberikan dia rezeki yang banyak.

Allah bagi lagi,bagi lagi. Dia semakin jauh dan lupa kepada Allah. Mendabik dada dia berkata, “Aku kaya tak de sapa tolong aku. Aku cari sendiri. Aku usaha sendiri”. Dia sudah lupa siapa yang memberi rezeki kepada dia. Kalau dia bertaubat, InsyaAllah selamat. Kalau tidak akhirnya matilah dia didalam kekufuran. Na’uzubillah…

Amalan harian ringkas yang mudah:-

toilet

Masuk jamban/bilik mandi: Langkah kaki kiri dulu dan bacalah A’UZUBILLAHI MINASYAITHO NIRRO JIMM. Dan bila keluar langkah kaki kanan dahulu dan bacalah ALHAMDULILLAHI RABBIL’ALAMINN.

MY said: Dapat jugak pahala sikit. Jadilah, untuk menambah-nambah.

(2687)

10 thoughts on “Istidraj Di dalam Kehidupan

  1. ajumohit

    saya suka topik ini, lama dah saya pikir dari zaman kecik lagi, kenapa org tu tak solat tp masih diberikan rezeki melimpah ruah, last year baru saya tahu ttg istidraj, subhanallah Allah ada perancangan untuknya, semoga kita sentiasa muhasabah diri ini, perkongsian yg baik 😉
    ajumohit recently posted..Selamat Mengerjakan Umrah Ibu mertuakuMy Profile

    Reply
  2. Pingback: Top Komentator Januari 2013 Pondok Kecil - Pondok Kecil

    1. muhamad yusri Post author

      benda baik memang patut kita kongsi bersama…
      rumoh kawe lah tu…hahaha dalam angan-angan jah…

      p/s:semua gambar dalam entri ni kawe ambik dari free stock photo site.

      Reply

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge