Mengantuk pada waktu kerja memang biasa dialami bagi mereka yang bekerja dalam suasana yang sunyi,tidak perlu berdiri atau bergerak ke sana ke mari dan juga persekitaran yang bersuhu sederhana. Tetapi faktor utama mengantuk semestinya disebabkan oleh tidur yang tidak mencukupi. Tidur amat penting kerana itu adalah satu-satunya cara kita merehatkan seluruh tubuh badan daripada melakukan sebarang pergerakan ataupun aktiviti.
Bagi blogger memang menjadi kebiasaan berjaga waktu malam sehingga ke lewat tengah malam dan ada juga sampai ke waktu Subuh. Jika blogger sepenuh masa tidak menjadi masalah tetapi bagi blogger yang masih bekerja makan gaji pasti tersengguk-sengguk mengantuk waktu kerja nanti. Tambah-tambah lagi bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat,berhawa dingin dan tiada sebarang gangguan bunyi yang membingitkan gegendang telinga.
Apa aku buat kalau mengantuk waktu kerja?
Aku cuba senaraikan beberapa perkara yang aku lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk tu.
1. Makan gula-gula macam Hacks/Kiss me dan minum air Red Bull.
2. Pergi washroom basuh muka.
3. Pergi ke tempat member-member yang lain. Buat-buat borak sambil usha kot-kot ada benda yang boleh dikunyah.
4. Buat air Nescafe kat pantry.
5. Jalan-jalan kat production floor jumpa dengan technician atau pun operator.
6. BerSMS dengan XYL
Kalau korang pulak buat apa kalau mengantuk waktu tengah kerja? Sila kongsikan di bahagian komen ye…
Adios,73.
MY said: Aku tengah mengantuk giler ni…tu yang tercetusnya idea nak buat entri ini.
(1852)
About The Author
masa kerja memang cukup mengantuk sebab duduk bahagian depan ,dah sorang memang tertidur gak tapi mujur masa tu boleh layan blog
memang bestlah kalau dapat keje macam tu…huhu
Keje apa tu?
Mengantuk ubatnya tido. Buatlah apa pun, kalau tak tido, mana mungkin rasa segar. Tido je la kejap. 5 minit pun jadi la. Usya line dulu.. clear tido la.
betul tu bro…tido je ubatnya…tapi pandai-pandailah ye…hehe
kalau tak dapat tahan gak, minum air kopi pekat.hehe
betul gak tu…pekat likat…melekat…pahit tak ingat…haha
Blogger mesti alami benda ni termasuklah aku sendiri. Memang tak boleh nak buat apa. Kalau boleh tahan jela sampai waktu lunch. Lepas tu tidur. Kalau tak boleh jugak kena jalan-jalan borak dengan member kejap.
seksa kalau menahan mata dari tertidur ni…sabo je lah…
Emm biasanya kawe jalan-jalan ke jerteh la kalau mengantuk kat tmpt kerja..hahaha
sedap kalu bole wat gitu hari-hari…haha
haha..sekali sekalo buleh..sokmo2 nye beci korang lahhh..haha
memey doh…jangan diamal selalu weh…haha
kalau ngantuk, aku tidur aje..haha
itu yang sepatutnya…haha
tapi kalau tengah duty,kena pandai-pandailah…
Saat belajr, bekerja biasanya hawanya ngantuk melulu.